Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kuasa Viral, Biskut Raya Air Tangan Penghuni Penjara Capai Jualan RM1 Juta

Biskut Raya Air Tangan Penghuni Penjara

Dek penangan kuasa viral, biskut raya air tangan penghuni penjara di Galeri Produk My Pride, Kompleks Penjara Kajang telah mendapat sambutan luar biasa sejak awal Ramadan

Ia mula mendapat perhatian setelah seorang pempengaruh memuat naik video tentang pelbagai jenis biskut raya dan makanan sejuk beku yang dipasarkan di galeri itu, disifatkan bukan hanya memiliki kualiti premium, tetapi juga lebih murah berbanding harga di luar.

Kuasa Viral Biskut Raya Air Tangan Penghuni Penjara

Keadaan tersebut menyebabkan lokasi itu sentiasa dipenuhi orang ramai yang ingin mendapatkan biskut raya, sehingga jualan terpaksa dihentikan seketika baru-baru ini untuk penambahan stok.

Terbaharu, menerusi hantaran di TikTok, hasil jualan biskut kini telah mencatatkan rekod jualan sebanyak RM1 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai tanda penghargaan, hadiah akan disampaikan pelanggan bertuah yang telah menyumbang kepada pencapaian jualan tersebut.

Difahamkan, majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Komisioner Jeneral Penjara, Datuk AbdzHaji Abdul Aziz Abdul Razak .

Sebelum ini, Abdul Aziz memberitahu perancangan penjualan biskut raya itu, bermula sejak awal tahun lagi dengan institusi penjara yang mengambil bahagian menghantar lebih 80 contoh produk yang ingin dipasarkan sempena Aidilfitri tahun ini bagi penilaian.

Menurutnya, berdasarkan maklum balas uji rasa, lebih 40 jenis biskut raya dan kudapan seperti rempeyek, muruku, dan tempe goreng dipilih untuk dijual di galeri pada harga RM12 hingga RM30 sebalang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Ramai ‘Keluar Masuk’ Penjara Beli Kuih Raya Air Tangan Banduan

Antara yang paling laris tahun ini ialah ‘Tart Nanas Geboo’ (Pengkalan Chepa), ‘Cinta Hati Dahlia’ (Seberang Perai), dan ‘Swiss Tart’ (Bentong). Sasaran jualan tahun ini adalah RM2 juta, meningkat dari RM1.4 juta tahun lalu.

Turut dijual pelbagai jenis biskut seperti tart nanas keju, “Butang Baju Abang Jamil”, badam coklat, Black Button, Rainbow Delight, mazola, makmur, bangkit, semperit, popia manis, kuih rotan, dan Peanut Crunchy.

Sumber: TikTok galeriviippm

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd