Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bina Nama Bersama MU, Pemain Kacukan Dedah Neneknya Dari Selangor

Pemain berdarah Malaysia-England, Ethan Wheatley semakin membina nama di pentas antarabangsa dan kini mula menjalani latihan bersama skuad utama Manchester United (MU).

Menurut laporan Berita Harian, ketua jurulatih Erik Ten Hag memaklumkan bahawa pemain berusia 18 tahun itu mula menarik perhatian orang ramai khususnya peminat bola sepak dunia.

Foto: New Straits Times

Ten Hag menjelaskan bahawa pemain kelahiran Stockport, England itu antara tonggak utama skuad Bawah 18 Tahun (B-18) Manchester United apabila menjaringkan lima gol dalam enam perlawanan di U18 Premier League 2023/2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Wheatley turut memaklumkan bahawa dia turut memiliki pertalian darah dengan Malaysia melalui neneknya yang berasal dari Selangor da sering kali bercuti ke Malaysia.

Foto: Instagram @frfuturetalents

“Benar, nenek saya dilahirkan dan berasal dari Selangor namun dia telah berpindah ke England ketika usia muda.
“Semasa saya kecil, keluarga kami sering bercuti di Kuala Lumpur,” kata pemain terbabit kepada laman Frfuturetalents.

Setakat ini, Wheatley belum diberikan peluang untuk beraksi bersama skuad utama Manchester United, namun kemungkinan besar ianya akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat ini.

Melihatkan keupayaan pemain terbabit, dirinya merupakan individu versatil dan mampu membantu bahagian serangan skuad Harimau Malaya sekiranya dia mahu beraksi untuk Malaysia setelah ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, seorang lagi pemain kacukan yang berpotensi iaitu Ferdy Druijf mengakui sedang mempersiapkan dokumen lengkap untuk membuktikan dia memiliki darah keturunan Malaysia daripada sebelah neneknya.

“Keinginan saya beraksi untuk Malaysia sentiasa ada. Sekarang saya sedang menyediakan dokumen demi membuktikan nenek saya sebenarnya lahir di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Druijf mengakui ibunya dilahirkan di Malaysia namun tidak menyebut secara jelas dari negeri mana ibunya berasal.

Untuk rekod, pemain yang berusia 26 tahun itu turut mengikuti akaun media sosial Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengetahui setiap perkembangan skuad Harimau Malaya.

Sumber: Berita Harian (Syazwan Msar), Instagram @frfuturetalents

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Seorang peniaga makanan dipercayai dibunuh apabila mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, pada Khamis. Menurut laporan Free Malaysia Today, Ketua...

Politik

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mempersoal cadangan ahli parlimen kerajaan untuk memecahkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada dua...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd