Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bilangan Perkahwinan Menurun, Penceraian Pula Meningkat Di Malaysia

Kes penceraian di Malaysia difahamkan telah meningkat sebanyak 43.1 peratus daripada 43,936 kes pada 2021 kepada 62,890 kes tahun lalu manakala kadar perkahwinan menurun.

Menerusi kenyataan Media yang dibuat Jabatan Perangkaan Negara, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin memaklumkan perceraian tertinggi adalah pada kumpulan umur 35 hingga 39 tahun bagi pengantin lelaki manakala pengantin perempuan adalah pada kumpulan usia 30 hingga 34 tahun.

Peningkatan penceraian meningkat agak tinggi berbanding tahun lalu

Dalam pada itu, bilangan perceraian orang Islam mencatatkan peningkatan 45.8 peratus pada 2022 atau 46,138 kes berbanding 31,650 kes pada 2021.

“Peningkatan ini disebabkan kes-kes yang dibawa ke hadapan daripada tahun sebelumnya. Tiga negeri yang mencatatkan peningkatan tertinggi bilangan perceraian orang Islam iaitu Kedah (113.6 peratus), Sabah (94.5 peratus) dan Perlis (83.5 peratus). 
“Sementara itu, perceraian orang bukan Islam juga turut meningkat 36.4 peratus daripada 12,286 (2021) kepada 16,752 (2022). Tiga lokasi atau negeri  yang mencatatkan peningkatan tertinggi bilangan perceraian orang bukan Islam iaitu Putrajaya (500 peratus) diikuti Johor (61.5 peratus) dan Melaka (59.0 peratus),” jelasnya.

Perkahwinan menurun sebanyak 0.5%

Walau bagaimanapun, bilangan perkahwinan di Malaysia pula menurun 0.5 peratus daripada 215,973 pendaftaran yang direkodkan pada 2021 kepada 214,824 pada 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, umur penengah pengantin lelaki kekal pada usia 28 tahun manakala umur penengah pengantin perempuan meningkat kepada usia 27 tahun berbanding 26 tahun pada 2021.

Penurunan bilangan perkahwinan ini disumbangkan oleh penurunan 4.1 peratus bilangan perkahwinan orang Islam pada 2022 (168,726) berbanding 2021 (176,002).

“Tiga negeri yang menunjukkan penurunan tertinggi perkahwinan orang Islam adalah Putrajaya (19.6 peratus) diikuti Perak (12.8 peratus) dan Terengganu (11.3 peratus),” katanya. 
Sementara itu, beliau menambah, bilangan perkahwinan orang bukan Islam pula merekodkan peningkatan 15.3 peratus daripada 39,971 pada 2021 kepada 46,098 pada 2022. 
“Tiga negeri yang menunjukkan peningkatan tertinggi perkahwinan Orang Bukan Islam iaitu Terengganu (40.2 peratus), Johor (26.6 peratus) dan Negeri Sembilan (21.1 peratus),” katanya.

Artikel lain: Pecah Rekod Bapa & Datuk Sendiri, Lelaki Pilih Kahwini Tujuh Wanita Serentak

Statistik mengikut tahun 2021 dan 2022

Hal tersebut dinyatakan menerusi muat naik di Facebook mengenai perkongsian laporan Perangkaan Perkahwinan dan Perceraian, Malaysia, 2023 yang membentangkan statistik perkahwinan dan perceraian bagi tahun 2021  dan  2022 mengikut ciri-ciri demografi di peringkat nasional, negeri dan daerah pentadbiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Statistik itu adalah input penting kepada perancangan dasar sosial bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan di Malaysia selain berguna sebagai sumber rujukan kepada penyelidik dan akademik.

https://www.facebook.com/StatsMalaysia/posts/pfbid06ZeXGdLyjcdWc9pjuFpo6e5bKfTyyXuHwVF6sj1cVxm6tjK3JjViz6b2fVbSG4uql

Sumber: Facebook Jabatan Perangkaan Negara

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd