Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Bila Masa Dia Datang?!”- Ramai Terkejut Penampilan Hyoyeon SNSD Di Sabah

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan salah seorang ahli kumpulan Girls’ Generation, Hyoyeon sedang membuat persembahan nyanyian di atas pentas.

Menariknya, penyanyi berusia 32 tahun itu dikatakan tampil menghiburkan peminatnya di sebuah muzik festival ‘Bronze Island Music Festival’ yang berlangsung semalam di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu, Sabah.

Menerusi video dikongsikan oleh pengguna dikenali Anessa, dilihat Kim Hyo-yeon atau lebih dikenali DJ HYO sedang menyanyi lagu berjudul Sober sambil memegang bendera kebangsaan di atas pentas.

Dan, individu terbabit menyatakan ia merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya bertemu dengan idola K-Pop dalam dunia realiti.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@anessa_althafionah_

First K-pop idol i met in real life😭 #girlsgeneration#snsd#hyoyeon #sabahan

♬ bunyi asal – _awek HAIKAL_❤🙈 – _awek HAIKAL_❤🙈

@breadyuno

BEST NIGHT OF MY LIFE #hyoyeon #snsd #malaysia #kotakinabalu @Hyoyeon_djhyo

♬ Sober (Feat. Ummet Ozcan) – HYO

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bila ni? Tak tahu pun dia datang

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan keterujaan dan sedih apabila tidak mengetahui idola mereka datang membuat persembahan di Malaysia.

Selain Hyo-yeon, selebriti lain yang turut hadir membuat persembahan ialah D’FELCY J, Roxy June dan ramai lagi di ‘Bronze Island Music Festival’.

Sumber: TikTok @anessa_althafionah_

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Sosial

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, berkongsi pengalaman mengejutkan selepas mendakwa dihubungi seorang lelaki dikenali sebagai Cikgu Chandra dalam keadaan nafas tercungap-cungap, mendakwa dirinya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd