Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bermula Dari Mimpi, Johan Tilawah OKU Realisasi Impian Tunaikan Haji

Juara Qari Antarabangsa, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan sejak lahir bersyukur dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk menunaikan haji.

Memetik laporan Kosmo! Online, Qayyim pernah muncul juara bagi kategori lelaki pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 pada Ogos tahun lalu.

“Apabila dapat tahu diterima menunaikan rasa excited dan gembira serta syukur sebab ALLAH dah tunai kan nikmatnya untuk saya menunaikan haji tahun ini.
“Hari Keberangkatan dari Kelantan ke KLIA lancar dan begitu juga KLIA sampai ke Madinah. Sampai Madinah rasa syukur dan gembira dapat merasai suasana Madinah. Saya dapat masuk Raudah dua kali dan ziarah Rasulullah empat kali,” katanya.

Foto: Kosmo

Dalam pada itu, ditanya mengenai apakah ibadah yang dirasakan mencabar, penuntut Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dan Pengurusan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) itu menganggap ibadah menlontar mungkin mencabar baginya kerana tidak dapat gambaran lokasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kalau ada cabaran pun mungkin adalah pada masa melontar jamrah sebab tak tahu tempat dan jarak. Saya juga takut kalau lempar nanti terkena orang lain.
“Tetapi untuk tawaf dan saie mungkin tiada masalah insya-ALLAH. Ayah akan bimbing dan bawa serapat yang boleh dengan dinding,” ujarnya.

Foto: Sinar Harian

Terdahulu, Qayyim berangkat ke Tanah Suci dengan ditemani ayah Sarimi Yusof, dan ibunya Rozan Mohamed. Setakat ini semua perjalanan bersama kedua ibu bapanya sejak dari tarikh penerbangan sehingga tiba di Madinah dan Makkah berjalan lancar.
Untuk info, Qayyim yang pernah menjadi juara qari empat kali peringkat negeri Kelantan dan Kebangsaan iaitu 2012, 2017, 2020 dan 2023 berkata, semasa kecil beliau berminat melihat tengok siaran langsung di televisyen tentang keadaan di Makkah (Masjidil Haram) dan Madinah (Masjid Nabawi).
Sumber: Kosmo! Online (Mohamad Hafiz Yusof)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd