Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Berjaya Tarik Minat Negara Luar, Filem Gayong Bakal Tembusi Pasaran Amerika Latin

Filem aksi tempatan berjudul Gayong terus mencipta sejarah apabila bakal ditayangkan di 33 buah negara di Amerika Latin tidak lama lagi dan kejayaan ini membuktikan potensi besar filem tempatan di pentas antarabangsa, khususnya dalam genre seni mempertahankan diri.

Menurut laporan Sinar Harian,  penerbitnya, Eric Ong dari SOL Pictures berkata, peluang berharga itu hadir selepas wakil pemasaran antarabangsa mereka, Movie Move, menyertai Festival Filem Cannes baru-baru ini dan di sana mereka berjaya menarik minat wakil dari negara-negara Amerika Latin yang sangat meminati filem berunsur seni bela diri Asia, terutama silat.

Foto: Sinar Harian

“Wakil kami bertemu dengan pihak dari Amerika Latin yang sangat meminati filem berunsur seni mempertahankan diri Asia, khususnya silat. Mereka tertarik dengan Gayong dan kagum dengan mutu penerbitannya,” katanya.

Gayong diinspirasikan daripada kisah benar pengasas silat Gayong, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman.

Filem ini diarahkan oleh Faisal Ishak dan menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip serta pelakon aksi dari Indonesia, Yayan Ruhian.

Walaupun tayangan di Amerika Latin akan dibuat menerusi platform penstriman (OTT) dan bukan di pawagam, langkah ini tetap dianggap satu pencapaian membanggakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Sinar Harian

Buat masa ini, kontrak perjanjian masih dalam proses dan tarikh tayangan rasmi masih belum ditetapkan.

Sementara itu, Gayong telah pun menemui penonton di Malaysia dan Brunei bermula 8 Mei lalu, manakala tayangan di Singapura dijadualkan bermula 22 Mei.

Sumber: Sinar Harian (Nurezzatul Aqmar Mustaza)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd