Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Berita Indonesia Dakwa Anak Muda Malaysia Lebih Selesa Berbahasa Indonesia?

Tidak semena-mena, portal berita dari Indonesia mendakwa bahawa ramai rakyat Malaysia terutamanya anak muda lebih selesa berbahasa Indonesia berbanding bahasa Melayu.

Lebih selesa berbahasa Indonesia?

Memetik laporan CNN Indonesia, seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Imaan menyatakan bahawa anak muda Malaysia banyak menggunakan bahasa dari negara seberang itu ketika berkata kasar sewaktu bermain permainan video, Mobile Legend.

“Banyak juga sih kalau orang Malaysia, banyak pakai bahasa Indonesia. Tapi, lebih banyak dipakai dalam bermain gim,” 
“Lebih kepada umpatan sih.” katanya.

Lelaki itu yang dihubungi sumber juga mengakui banyak belajar dari aktiviti permainan video disamping lambakan sinetron yang pernah ditayangkan di Malaysia suatu masa dahulu.

Dia juga menyatakan beberapa perkataan dari negara berkenaan yang sering digunakan seperti ‘bocil’ (bocah cilik), ‘botol’ (botak tolol) ketika bermain games.

Macam tak betul je dakwaan selesa berbahasa Indonesia tu?

Walau bagaimanapun, seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Azlinawati Ngainon menyatakan beeliau tidak pula menyedari bahawa bahasa Indonesia kian popular dalam kalangan anak muda Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tak tahu penggunaan Bahasa Indonesia dalam percakapan tersebut menjadi populer di kalangan anak muda, maaf jika saya tak menyadarinya,” kata Azlinawati.

Walau bagaimanapun, dia beranggapan mungkin fenomena yang dimaksudkan sedikit sebanyak ada kaitan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan sedikit bahasa Indonesia ketika hadir ke konferensi tingkat tinggi KTT ASEAN pada awal September.

Lagu banyak digunakan di TikTok

Terlepas dari dakwaan anak muda Malaysia selesa berbahasa Indonesia, Azlinawati mengatakan lagu berbahasa Indonesia kerap digunakan pengguna TikTok di Malaysia.

“Namun, itu mungkin lumrah karena tren penggunaan lagu atau musik yang catchy untuk konten TikTok,” ujarnya.

“Geng diorang kerja sini try hard cakap Melayu”

Dakwaan yang dikeluarkan oleh pihak CNN Indonesia telah menerima pelbagai respon netizen dari Malaysia yang merasakan tuduhan tersebut sama sekali tidak benar.

Mereka juga merasakan dakwaan terbabit sangat berlebihan dan ada sahaja yang tidak kena kerana pelbagai tuduhan ‘meniru’ serta ‘mencuri’ budaya negara berkenaan kerap didengar lebih-lebih lagi kebelakangan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

selesa berbahasa indonesia

selesa berbahasa indonesia

Kenapa tak kacau negara serumpun yang lain?

selesa berbahasa indonesia

selesa berbahasa indonesia

Ada je isu yang nak mereka bangkitkan

selesa berbahasa indonesia

selesa berbahasa indonesia

Dah tak ada konten sangat ke?

selesa berbahasa indonesia

 

selesa berbahasa indonesia

Kita cakap Melayu dia tak faham, kita cakap macam dia kata ikut2 pula

selesa berbahasa indonesia

 

selesa berbahasa indonesia

Tonton penjelasan di sini:

Terdahulu, tular isu lagu Helo Kuala Lumpur yang didakwa diplagiat dari lagu Halo-Halo Bandung menjadi perdebatan netizen negara Indonesia di media sosial.

Walau bagaimanapun, selepas diselidik, ternyata lagu tersebut dikongsikan dari saluran YouTube yang berpangkalan di negara India dan rakyat Malaysia sama sekali tidak mengetahui tentang kewujudan lagu tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X CNN Indonesia, YouTube Kompas TV

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd