Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Benamkan Portugal, Pemain Morocco Rai Detik Kemenangan Bersama Ibu

Sejarah tercipta! Pasukan Morocco berjaya membenamkan pasukan gergasi, Portugal 1-0  sehingga melayakkan mereka ke separuh akhir Piala Dunia Qatar di Stadium Al Thumama.

Dalam pertembungan aksi kalah mati, Morocco menampilkan corak permainan yang penuh disiplin bagi menutup sebarang peluang Portugal menghasilkan peluang.

Selepas sekadar dibolosi satu gol dalam lawan perlawanan terakhir, pengendali pasukan Morocco, Walid Regragui terpaksa melakukan pertukaran susulan ketiadaan khidmat Nayef Aguerd dan Noussair Mazraoui.

Menariknya, kemenangan tercipta antara pasukan dari Afrika Utara apabila berjaya membenamkan pasukan yang dianggotai oleh pemain hebat dunia, Cristiano Ronaldo diraikan bersama ibu tercinta masing-masing.

https://www.facebook.com/watch/?v=484086020518334

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi beberapa foto tular di media sosial, jelas menunjukkan beberapa pemain serta jurulatih pasukan berkenaan meraikan kemenangan bersama ibu mereka.

Mereka dilihat tidak segan silu memeluk dan mencium ibu sebagai tanda terima kasih atas doa serta sokongan yang diberikan. Tindakan ini jelas menunjukkan mereka sangat mengutamakan seorang ibu berbanding seorang ayah seperti mana diajar oleh Nabi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Morocco a.k.a Maghribi kerana berjaya menunjukkan akhlah Islamiah terpuji kepada dunia dengan mengangkat darjat seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan kita.
Sumber: Facebook Qatarday.com, Haris Tarin, Firdaus Wong

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd