Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Larikan Diri Selepas Cuba Beli Emas Dengan Wang Palsu RM30,000

Seorang lelaki gagal menipu jurujual sebuah kedai emas di Chabang Tiga, Kuala Terengganu selepas cubaan membeli barangan kemas menggunakan wang palsu bernilai kira-kira RM30,000 terbongkar pada Khamis.

Wang palsu letak dalam beg plastik kuning

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6.31 petang dan kes disiasat di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan kerana menggunakan wang palsu.

wang palsu

Foto: Sinar Harian

Menurut beliau, lelaki berusia awal 30-an itu hadir bersendirian sekitar jam 3.10 petang.

Artikel lain: Bayar Makan Guna Resit Palsu, Juruaudit Antara Dua Lelaki Dicekup

Suspek yang memakai kopiah putih, cermin mata hitam dan pelitup muka merah jambu dikatakan mengambil gambar beberapa barangan kemas kononnya untuk ditunjukkan kepada isterinya sebelum menyatakan hasrat untuk membeli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Azli berkata, ketika jurujual ingin mengira wang yang diberikan, bungkusan plastik kuning yang mengandungi wang itu menimbulkan syak.

Bahagian tepi wang yang berwarna putih mencurigakan. Suspek kemudian bertindak agresif apabila cuba diperiksa, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah Perodua Axia biru gelap yang diletakkan di hadapan kedai.

Pemeriksaan mendedahkan nombor pendaftaran kenderaan itu palsu.

wang palsu

Rakaman CCTV dari kedai dan premis berhampiran kini diperoleh bagi membantu siasatan. Setakat ini, tiada kerugian dicatatkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Azli menasihatkan peniaga emas supaya sentiasa berhati-hati, memeriksa wang tunai dengan teliti dan segera menghubungi polis sekiranya mengesyaki sebarang transaksi mencurigakan.

Video tular yang dipercayai daripada CCTV memaparkan lelaki itu melarikan diri dengan kereta Perodua Axia dan wang palsu bertaburan semasa kekecohan di hadapan kedai emas.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Dunia

Global Sumud Flotilla (GSF) mengumumkan pelancaran flotila kemanusiaan terbesar dalam sejarah ke Gaza, yang dijadualkan berlepas pada 29 Mac dari pelbagai pelabuhan di seluruh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd