Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Beli Di Facebook, Isteri Maut & Suami Masuk ICU Selepas Makan Ikan Buntal

Malang tidak berbau, seorang wanita disahkan meninggal dunia manakala suaminya dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) kerana dipercayai makan hidangan ikan buntal.

Menurut laporan Berita Harian, pasangan tersebut membeli ikan buntal tersebut menerusi laman Facebook dari pembekal di Batu Pahat yang difahamkan mendapatkan bekalan daripada nelayan Endau.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, wanita tersebut mengalami sesak nafas dan mengigil pada jam 5 petang, Jumaat lalu dan disahkan meninggal dunia selepas dua jam menikmati hidangan ikan buntal.

“Kerajaan Johor dan Jabatan Kesihatan Negeri mengambil maklum satu pelaporan keracunan makanan yang menyebabkan satu kematian di daerah Kluang.
“Ia membabitkan sepasang suami isteri yang tinggal di Jalan Sin Tiam Chamek, Kluang yang mendapatkan bekalan ikan buntal dari penjual secara pra tempahan melalui aplikasi Facebook.
“Bekalan diterima pada pagi 25 Mac lalu, dibersihkan dan digoreng untuk dibuat makan tengah hari bersama sayur dan daging babi.
“Kedua-dua pasangan itu dibawa oleh anak mereka yang tinggal berasingan ke Jabatan Kecemasan HEBHK pada jam 5 petang,” katanya.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan juga, ia merupakan pertama kali pasangan tersebut makan ikan buntal dan pelanggan empat lain yang turut menempah tidak sempat menjamah ikan tersebut.

Sekadar info, ikan buntal iaitu sejenis ikan yang juga disebut ‘ikan fugu’ tergolong dalam satu daripada jenis racun semulajadi yang paling bahaya dan mematikan di dunia.

Malah, racun yang dikenali sebagai Tetrodotoksin yang terdapat di dalam ikan buntal merupakan racun yang boleh bertindak balas dengan menyerang sistem saraf dan sangat mematikan.

Sumber: Berita Harian (Mohamad Fahd Rahmat)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Sosial

Permintaan seorang anak yatim piatu, Abdur Rahman, 21, untuk menyunting foto pernikahannya dengan memasukkan semua ahli keluarga yang telah meninggal dunia meruntun hati ramai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd