Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Belasah Pemandu Lori Kontena Sebab Kemalangan, Polis Buru Sekumpulan Lelaki

Beberapa individu yang dipercayai memukul pemandu lori kontena selepas berlaku kemalangan sehingga membabitkan kematian seorang murid perempuan di Kampung Telok Gong, Klang pagi semalam sedang diburu polis.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, ia selepas pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa yang mendakwa dipukul beberapa lelaki sehingga cedera.

Perkongsian isteri mangsa di TikTok

@_kakngahezza_

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALANYA..🤲😭#wifeabglori🚛❤️ #hidupmatihanyaallahygtahu #jgnkecamorg #jgnhukumorgsesukahati❤️✌🏼

♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil siasatan, ketika melalui simpang Jalan Bawal, Telok Gong, sebuah motosikal keluar tiba-tiba keluar dari persimpangan jalan tersebut.

“Penunggang motosikal bersama dua pembonceng iaitu kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun…
“…hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan sehingga kanak-kanak perempuan tergilis tayar belakang lori dan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata dalam satu kenyataan hari ini.

Cha berkata, sekumpulan lelaki kemudian berkumpul di lokasi kejadian sebelum memukul pemandu lori kontena yang berusia 36 tahun itu selain memecahkan cermin hadapan kenderaan terbabit.

@_kakngahezza_

terima kasih semuanya…#wifeabglori🚛❤️ #hidupmatihanyaallahygtahu #jgnkecamorg #jgnhukumorgsesukahati❤️✌🏼

♬ Yasirlana Suling Merdu – IFTAH QULUBANA

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Akibat daripada itu, pemandu lori kontena mengalami kecederaan luka di pipi kanan, lebam mata, sakit di seluruh anggota badan dan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR),” ujarnya.

Justeru, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rusuhan serta mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat terhadap harta benda.

Malah, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Semalam, dua beradik iaitu Nurul Jannatun Assyifa Muhammad Jamathir dan Alif Zahfran, 7 dalam perjalanan pulang dari sekolah dengan membonceng motosikal bersama seorang wanita yang juga jiran mereka.

Sumber: Harian Metro (Norzamira Che Noh), TikTok @_kakngahezza_

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Baru-baru ini, tular sebuah video detik cemas yang dialami oleh penumpang apabila pintu kecemasan pesawat salah sebuah syarikat penerbangan telah dibuka sebelum mendarat dengan...

Spotlight

Anggota kumpulan tersohor Korea Selatan, BLACKPINK iaitu Lisa mendedahkan dirinya enggan dan malu berkongsi foto berbikini setiap kali bercuti di pantai. Lisa dalam satu...

Spotlight

Selebriti popular Indonesia, Raffi Ahmad mahu menjual jet peribadinya yang dibeli sekitar setahun lalu telah berjaya menarik perhatian ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik...

Lokal

Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni, Papar petang tadi. Menurut laporan...

Advertisement