Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Belanjawan 2026: KESUMA Rangka Bajet Inklusif, Fokus Gaji Wajar & Pekerja Gig

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menganjurkan Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 di M Resort & Hotel Kuala Lumpur, yang disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong.

Majlis ini turut dihadiri Timbalan Menteri, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad serta pengurusan tertinggi kementerian.

Belanjawan 2026 bajet pertama RMK-13 dengan pendekatan inklusif Madani

Belanjawan 2026 ini merupakan bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) dengan pendekatan inklusif Kerajaan MADANI yang berpaksikan rakyat.

Ia berteraskan tiga tonggak utama iaitu menyokong industri berimpak tinggi, memperkukuh pendidikan, kesihatan serta perlindungan sosial, selain memperbaiki tadbir urus dan perkhidmatan awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Belanjawan 2026 turut libatkan beberapa perkara utama

Dalam ucapannya, Steven Sim menegaskan tenaga kerja negara perlu bersedia menghadapi lima megatrend global seperti perkembangan teknologi AI, perubahan demografi, ketidaktentuan geopolitik, peralihan ekonomi hijau dan budaya kerja fleksibel termasuk ekonomi gig.

Belanjawan 2026

Artikel lain: Gaji Minimum RM1,700 Berkuatkuasa Sepenuhnya Mulai 1 Ogos – KESUMA

Sehubungan itu, KESUMA akan melaksanakan 10 inisiatif ‘game changer’ di bawah RMKe-13, antaranya reformasi gaji menyeluruh ke arah gaji kehidupan wajar, penetapan gaji siswazah dan lepasan TVET, penggubalan Rang Undang-Undang Pekerja Gig serta penambahbaikan akta perburuhan.

Sesi libat urus ini menghimpunkan lebih 1,000 peserta melibatkan kementerian, agensi, sektor swasta, akademik, e-hailing, NGO serta persatuan perbankan, sekali gus mencerminkan sokongan padu semua pihak terhadap agenda pembangunan sumber manusia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Steven Sim turut merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir sambil menegaskan bahawa KESUMA akan terus memainkan peranan sebagai agen pembangunan sumber manusia negara bagi memastikan Belanjawan 2026 benar-benar inklusif dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd