Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Belanja Caruman KWSP Penjawat Awam 4.5 Kali Lebih Rendah Daripada Pencen

Kos sistem saraan penjawat awam berasaskan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah 4.5 kali ganda lebih rendah berbanding skim pencen sedia ada.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, sekiranya sistem saraan baharu itu dilaksanakan, ia dapat memberi penjimatan dan kelegaan kepada beban fiskal Kerajaan dalam tempoh jangka panjang.

“Simulasi yang digunakan dalam peringkat awal kajian sistem saraan baharu ini menunjukkan kaedah bercarum yang dicadangkan adalah 4.5 kali ganda lebih rendah berbanding kos perbelanjaan pencen sedia ada bagi setiap pegawai awam sekarang,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di portal Dewan Rakyat.

Caruman KWSP penjawat awam

Sumber: Bernama

Artikel lain: Penjawat Awam Maut Jatuh Tingkat 21, Pernah Terima Anugerah Khidmat Cemerlang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhlj Shaari (PN- PASIR MAS) berhubung jumlah penjimatan yang dijangka akan diperoleh oleh Kerajaan apabila skim pencen penjawat awam baru dihapuskan.

Dr Zaliha berkata, Kerajaan sedang mengkaji sistem saraan baharu bagi mengoptimumkan pengambilan dan pengisian jawatan baharu dalam perkhidmatan awam memandangkan bebanan tanggungan pencen makin meningkat setiap tahun.

Katanya, ia adalah bagi memastikan Kerajaan dapat menguruskan perbelanjaan kewangan negara dengan lebih mampan.

“Bagaimanapun, skim pencen sedia ada untuk pegawai sedang berkhidmat dan pesara sedia ada masih berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Zaliha memaklumkan produktiviti pegawaiu awam tidak akan terjejas dengan pengenalan faedah oersaraan baharu tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata sedemikian selepas menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) berhubung kemungkinan berlakunya penurunan produktiviti jika penghapusan skim pencen bakal dilaksanakan.

Gaji, elaun dan kemudahan sama seperti yang dinikmati oleh pegawai lantikan tetap dan berpencen sedia ada turut diperoleh pegawai yang dilantik menerusi kaedah baharu kelak.

“Ini termasuk apa-apa elaun tetap seperti Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), serta elaun lain yang layak kepada skim perkhidmatan dan tugasan tertentu.
“Pada masa sama, Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang sedang dijalankan turut mengambil kira aspek keupayaan perkhidmatan awam Malaysia menarik bakat terbaik negara untuk masuk dan berkhidmat dengan Kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Menurut Ahmad Zahid, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, pendirian itu dibuat Kerajaan selepas menilai bahawa menjelang 2040, jumlah pencen yang terpaksa ditanggung kerajaan jika sistem saraan sedia ada tidak dipinda, akan mencecah RM120 bilion setahun.

+ posts

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd