Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bekas Model Mengaku Tak Salah, Sebar Sijil Nikah Palsu Dengan TMJ

Seorang bekas model, Persana Avril Sollunda, mengaku tak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan memuat naik sijil nikah palsu melibatkan dirinya dan Tengku Mahkota Johor menerusi akaun media sosialnya pada Februari lalu.

Bekas model memuat naik satu video mengandungi sijil nikah palsu

Menurut laporan Utusan Malaysia, tertuduh, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail. Persana hadir dalam keadaan bergari setelah waran tangkap yang dikeluarkan pada 22 Mei lalu disempurnakan oleh pihak polis.

model

Foto: Utusan Malaysia

Waran berkenaan dikeluarkan kerana kegagalannya hadir ke mahkamah pada tarikh tersebut bagi prosiding pertuduhan.

Mengikut kertas pertuduhan, bekas model itu didakwa memuat naik satu video di akaun TikTok miliknya pada 25 Februari lalu yang mengandungi sijil pernikahan palsu antara dirinya yang dikenali sebagai “Crown Princess Ratu Shana” dan Tengku Mahkota Johor.

Kandungan video itu dikatakan bersifat palsu dan dilakukan dengan niat untuk menyakitkan hati pihak lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Peguam Maklum Calon SPM Didakwa Bunuh Ibu & Abang Mungkin Ada Masalah Mental

Hantaran tersebut dikesan telah dibaca pada 26 Februari lalu, kira-kira pukul 10 pagi, di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh juga berdepan denda tambahan RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Timbalan Pendakwa Raya, Nursyuhada Husna Sulaiman, mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

model

Foto: Kosmo!

Namun, mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Persana supaya melantik peguam bagi tujuan perbicaraan.

Mahkamah turut memerintahkan bekas model itu untuk melapor diri di balai polis berhampiran secara berkala sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula pada 17 Julai depan.

Sumber: Utusan Malaysia (Aidiel Zabidi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd