Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bekalan Air Johor Bahru Pulih Sepenuhnya Lewat Malam Ini, Enam Pam Rosak Telah Dibaiki

Krisis gangguan bekalan air yang melanda daerah Johor Bahru sejak tiga hari lalu dijangka berakhir lewat malam ini selepas kerja pembaikan ke atas enam pam utama di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor berjaya diselesaikan.

Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Besar Johor Bahru, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengesahkan bahawa semua pam yang mengalami kerosakan luar jangka kini telah dibaiki sepenuhnya.

Foto: The Star

“Ketika kita memberi tumpuan kepada pembangunan negeri, kerajaan juga tidak mengabaikan keperluan asas seperti bekalan air. Saya telah maklumkan kepada YAB Perdana Menteri bahawa di Johor, kadang-kadang timbul isu berkaitan air.
“Di daerah Johor Bahru, sudah tiga hari berlaku gangguan bekalan air kerana enam pam rosak, namun semuanya sudah dibaiki. Insha-ALLAH, menjelang lewat malam ini, semua rumah terjejas akan menerima bekalan air seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Program Madani Rakyat dan Sambutan Hari Belia Negara yang berlangsung di Pusat Beli-Belah Toppen, Johor Bahru pada Jumaat.

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Gangguan bekalan air sejak petang Selasa selalu menjejaskan kira-kira 100,000 akaun pengguna apabila pam utama yang menyalurkan air ke LRA Sungai Johor mengalami kerosakan, sekaligus menyebabkan operasi loji diberhentikan sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Carian Google

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Insrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan gangguan itu menyekat pengagihan sebanyak 318 juta liter air sehari (MLD) kepada pengguna.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri turut mengambil langkah segera dengan mendapatkan bantuan tangki air dari daerah dan negeri-negeri berhampiran bagi meringankan beban penduduk yang terkesan.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Lokal

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) mengecam gelombang kebencian terbaru yang disasarkan terhadap pelarian Rohingya di Malaysia susulan satu petisyen di platform Change.org yang didakwa mengandungi...

Sosial

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd