Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bawa 10kg Ganja, Pelajar Tingkatan 4 & Rakan Ditahan Polis -“Dua2 Positif”

Seorang pelajar tingkatan empat dan rakannya ditahan bersama ganja seberat 10 kilogram dalam serbuan di tepi jalan Kampung Banggol, Petaling, Pasir Mas, Kelantan pada Ahad lalu.

Memetik laporan Utusan Online, kedua-dua suspek berusia 16 dan 18 tahun itu ditahan pada jam 3.15 petang semasa berada di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil oleh sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Polis Daerah Pasir Mas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kedua-dua suspek ditahan reman selama seminggu.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 12 November bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, semasa serbuan dilakukan pihak polis telah menjumpai ganja seberat 10 kilogram yang dianggarkan bernilai RM31,000 bersama mereka.

ganja ditahan polis

Artikel lain: Buat Kecoh Selepas Langgar Enam Kenderaan, Pemandu Rupanya Positif Ganja

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil semakan juga mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkait kes dadah.

Malah, saringan ujian air kencing yang dilakukan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis ketamin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkait dadah atau jenayah boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di talian 09-7932222.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Atau mereka boleh hadir ke balai-balai yang berdekatan untuk membuat laporan.

Sumber: Utusan Online (Muhammad Yatimin Abdullah)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd