Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Baru Terima Anugerah Mualaf 2025, Pemergian Pensyarah Undang Pilu

Kegembiraan seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baru diraikan atas pencapaiannya menerima Anugerah Mualaf 2025 bertukar pilu apabila beliau meninggal dunia hanya dua hari selepas majlis penganugerahan tersebut.

Pensyarah terima Anugerah Mualaf meninggal dunia selepas mengadu sakit perut

Dr Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Ai Pao, pensyarah di Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM, disahkan meninggal dunia pada Ahad lalu selepas mengadu sakit perut dua hari sebelumnya.

Berita pemergiannya dikongsikan oleh Dekan FPI UKM, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim menerusi satu hantaran di Facebook.

anugerah mualaf

Menurut beliau, kali terakhir mereka berhubung adalah ketika mengucapkan tahniah atas kejayaan Dr Nur A’thiroh menerima Anugerah Mualaf berkenaan yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Beberapa hari lalu kami masih berbalas mesej mengenai anugerah itu. Seluruh warga fakulti turut bergembira dengan pencapaian beliau. Tidak sangka itu perbualan terakhir kami,” tulisnya.

Artikel lain: Pensyarah UiTM Rupanya Hamil 3 Bulan! Maut Bukan Sebab Lemas, Tapi Pengsan Dalam Kolam – Rakan Mangsa

Beliau menambah, sepanjang lapan bulan kebelakangan ini, Allahyarham menunjukkan semangat dan kesungguhan yang luar biasa dalam usaha memperkukuh bidang dakwah di fakulti tersebut.

“Saya amat berbangga melihat beliau kembali bersemangat selepas melalui fasa sukar sebelum ini. Tidak terlintas bahawa semangat yang saya lihat itu sebenarnya adalah yang terakhir.
Saya juga terkilan kerana tidak sempat melihat impiannya untuk bergelar Profesor Madya pada tahun 2027 menjadi kenyataan,” katanya.

anugerah mualaf

Mohd Izhar berkata, pemergian Dr Nur A’thiroh dirasai seluruh warga fakulti kerana beliau dikenali sebagai seorang pendidik yang berdisiplin, lembut dan berdedikasi.

“Pemergiannya begitu pantas. Berehatlah Dr A’thiroh, semoga ALLAH memberi ketenangan buatmu di sana,” ujarnya.

Sementara itu, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan pemergian Dr Nur A’thiroh sebagai kehilangan besar buat dunia dakwah negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Allahyarham dikenang sebagai pendakwah berhati lembut yang sentiasa menyampaikan mesej kasih sayang dalam setiap dakwahnya. Moga ALLAH SWT menempatkan rohnya dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Dr Nur A’thiroh yang berasal dari Perlis merupakan mualaf berbangsa Cina dan berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM.

anugerah mualaf

Kepakarannya merangkumi bidang metodologi dakwah kepada Muslim dan bukan Muslim, pembangunan serta pemerkasaan mualaf, dan pengurusan organisasi dakwah di Malaysia.

Selain aktif sebagai panel istitabah di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Selangor, beliau turut memegang tauliah mengajar agama bagi negeri Perlis, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Sabah.

Dr Nur A’thiroh juga mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Darul Azim (Darul Azim) dan Pertubuhan Kebajikan Nurra (NURRA) yang aktif menjalankan kerja-kerja dakwah serta kebajikan di seluruh negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut dikenali sebagai kolumnis agama di Utusan Malaysia dan pernah menerima pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan serta antarabangsa hasil sumbangannya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam.

Sumber: Facebook @Dr Mohd Izhar Ariff

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ketegangan konflik antara pempengaruh, Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, bersama keluarga isterinya, Fatin Syazwani Ishak, dilihat semakin meruncing....

Sosial

Usahawan dan pempengaruh Prince Syed memaklumkan laporan polis telah dibuat ekoran dakwaan diserang dan dipukul sehinggan menyebabkan kecederaan pada tangan dan wajah. Memetikm laporan...

Lokal

Pempengaruh media sosial terkenal, Bengah, kini menjadi perhatian selepas didakwa memalukan isterinya ketika bersiaran langsung di media sosial baru-baru ini. Cik Bunga dakwa dimalukan...

Lokal

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan kerajaan membayar RM7.4 juta kepada seorang lelaki, K Vimal Raj, 22 tahun, selepas didapati berlaku kecuaian perubatan yang menyebabkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd