Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Baru Tamat Latihan Polis, Wanita Ditahan Di Pusat Hiburan Positif Dadah

Seorang anggota polis wanita berusia 26 tahun yang baru menamatkan latihan polis pada Ahad lalu ditahan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semasa operasi awal pagi semalam.

Anggota polis tamat latihan positif dadah

 

Foto hiasan

Menurut laporan Berita Harian, pegawai yang bakal bertugas di Balai Polis Tampoi, Johor Bahru Utara itu ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, penahanan tersebut berlaku semasa operasi Ops Hiburan yang dijalankan sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2025.

“Kita telah menahan seorang wanita yang juga seorang pegawai rendah polis dalam operasi berkenaan.
“Hasil pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin dan benzo,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semasa penahanan, anggota polis wanita tersebut dilaporkan sedang bercuti sebelum melaporkan diri di bawah pentadbiran Polis Kontinjen Johor.

Artikel lain: Polis Sahkan Empat Maut Selepas Hadiri Konsert Malam Ambang Tahun Baharu

Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk siasatan lanjut dan ditahan reman selama dua hari sehingga hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Difahamkan, anggota polis wanita yang baru tamat latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam itu dipercayai menghadapi masalah rumah tangga dengan bekas suaminya yang juga merupakan seorang anggota polis.

Sumber: Berita Harian (Safeek Affendy Razali)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelancong dari Australia yang dikenali sebagai Roman Travel mencuri perhatian selepas berkongsi pandangannya mengenai sebuah acara pesta air, Rain Rave Water Music Festival...

Lokal

Seorang lelaki warga emas yang memandu van sehingga menyebabkan kematian seorang murid perempuan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong pada Selasa...

Lokal

Seorang lelaki berusia 43 tahun yang merupakan bekas suami kepada wanita koma, Jahidah Nordin sekali lagi berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah...

Lokal

Seorang murid lelaki Tahun 5 sebuah sekolah rendah di Batu Berendam, Melaka cedera dipercayai terjatuh dari koridor sekolah ketika cuba mengambil kasut rakannya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd