Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Baru Berusia 36 Tahun, Lionel Messi Tak Terfikir Lagi Nak Bersara

Pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi mendedahkan dia tidak berfikir mengenai umur sebenar untuk bersara daripada kariernya dalam dunia sukan.

Menerusi laporan Harian Metro, pemain yang berusia 36 tahun itu sudah menandatangani kontrak dua tahun bersama Miami bulan lalu namun, belum bersedia untuk bersara sebaik sahaja kontrak tersbeut berakhir.

Jelasnya, keputusan itu dilakukan kerana dia mempunyai minat yang mendalam terhadap kariernya dan mahu terus melakar pencapaian sebagai pemain bola sepak.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Leo Messi (@leomessi)

“Sejujurnya saya belum memikirkannya (bersara) lagi. Saya suka bermain, seronok mengawal bola di atas padang, bersaing dan terus berlatih.
“Saya tidak tahu berapa lama lagi saya akan beraksi, tetapi saya akan terus aktif semampu yang boleh dan kemudian akan melihat situasi semasa saya,” ujarnya.
View this post on Instagram

A post shared by Leo Messi (@leomessi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, dia tidak menyesal menyertai pasukan Inter Miami sebaik sahaja selepas kontrak bersama Paris Saint-Germain (PSG) tamat.

“Ia adalah keputusan bersama keluarga untuk berhijrah ke Miami. Kami melalui dua tahun yang rumit (di PSG), sebenarnya pasukan tidak bermain dengan baik, kami agak bergelut.
“Ia seperti kembali kepada suasana ketika berada di Barcelona (apabila berada di Miami), ​​menikmati hari demi hari bersama anak-anak dan keluarga,” katanya.
View this post on Instagram

A post shared by Leo Messi (@leomessi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro 

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Sukan

Penolong pengurus skuad sepak takraw Thailand, Rattadech Noijaroen, meluahkan rasa kecewa susulan insiden kontroversi yang mencemari aksi Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa malam...

Dunia

YouTuber Indonesia, Frans Sanjaya bersama seorang pekerja muzium dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf selepas kenyataan mereka mengenai siri animasi popular Upin & Ipin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd