Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bapa Sanggup Pinjam Kereta Demi Hantar Anak Ke Universiti

Seorang bapa sanggup pinjam kereta demi menghantar anaknya mendaftar sebagai pelajar baru sesi 2023/2024 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), semalam.

Menurut laporan Buletin TV3, Eron Binchar, 41, daripada suku kaum Temuan itu dikatakan menghantar anak keduanya,  Fida Adira a/p Eron ke universiti tempatan tersebut sejauh 300 kilometer.

Difahamkan, mereka sekeluarga bergerak dari kampung Sungai Bot, Telemong, Karak, Pahang untuk ke UMK Kampus Bachok selama empat jam perjalanan.

Bapa sanggup pinjam kereta

Sumber gambar: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pelajar Orang Asli Berusia 12 Tahun Terpilih Sertai Akademi JDT

Ujar Eron, dia tidak mahu anak keduanya itu terlepas untuk mendaftar program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) dan disebabkan itulah meminjam kereta Proton Saga.

“Saya tidak mahu anak ketinggalan masuk universiti kerana sebelum ini anak sulung juga pernah dapat tawaran universiti tapi tak dapat masuk kerana kami tak mampu biayai yuran pengajian.
“Saya hanya kerja kampung dan tiada pendapatan tetap, jadi dengan inisiatif laluan khas, anak dapat masuk universiti dan kami tak mahu ketinggalan hantar dia,” katanya.

Ekoran keluarga tersebut tergolong dalam kategori miskin dan berpendapatan rendah, Fida telah mendapat laluan khas oleh Bahagian Kemasukan UPU dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMK.

Sumber gambar: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fida yang juga merupakan pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), dia memilih UMK untuk menyambung pengajian selanjutnya.

Sekadar info, UMK menerima 3,121 pelajar baru bagi sesi akademik 2023/2024 bagi pendaftaran semalam.

Sumber: Buletin TV3 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd