Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Bapa Hilang Sosok Yang Selalu Dia Ejek” – Video Sebak Warga Emas Tangisi Pemergian Isteri Tercinta

Kehilangan insan tersayang merupakan pengalaman paling sukar diterima, terutamanya bagi mereka yang sudah meniti usia senja.

Kisah pilu seorang bapa di Sabah ini menjadi tular selepas anaknya, Yeyen Donald Sigan berkongsi video detik-detik menyayat hati keluarga mereka di laman Facebook pada Ahad.

Menurut Yeyen, walaupun hubungan ibu bapa mereka sering diselitkan dengan ejekan mesra, pemergian ibu Helena Binti John, 68, akibat kesakitan dialami membuatkan seluruh keluarga menyedari betapa besar kasih sayang seorang bapa terhadap isterinya.

“Bapa hilang sosok isteri yang selalu dia ejek di rumah. Di hari-hari tua, macam selalu tiada kesefahaman. Tapi masa mama pergi begini baru saya tahu betapa bapa sayangkan mama,” tulis Yeyen sambil berkongsi bagaimana bapanya berhadapan dengan kesedihan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Hari kedua selepas pemergian ibu, bapa mereka dilihat menangis teresak-esak dimana kesedihan itu memberi kesan fizikal yang nyata apabila Sigan mengalami tekanan darah tinggi dan demam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Yeyen menceritakan bagaimana bapanya terus bercakap kepada jasad ibu, seolah-olah tidak percaya kehilangan itu benar-benar berlaku.

“Bapa terus tunjuk mama, ‘Mama tidur ja tu, nanti dia bangun’.
“Dia juga berkata, ‘Kenapa mama tidak bangun-bangun pigi makan, masak?’,” kongsi Yeyen menerusi satu hantaran.

Dalam detik paling memilukan, bapa mereka turut meluahkan perasaan yang paling dalam dan menyayat hati.

“Ibu sudah meninggal dunia, tiada sesiapa lagi yang dapat membantu ayah, jadi ayah terpaksa bergerak sendiri untuk meneruskan hidup,” luah Sigan.

Ungkapan itu menjadi simbol kesedihan mendalam seorang lelaki yang sukar menerima kehilangan insan yang dikasihi, sekali gus menyentuh hati warganet.

Hantaran Yeyen menerima lebih 1,000 komen netizen yang rata-rata mengucapkan takziah selain mendoakan keluarga tersebut agar diberi kekuatan atas kehilangan orang tersayang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Salam takziah, semoga tabah

Kuatkan semangat!

Sungguh berat kehilangan orang tersayang

Sumber: Facebook Yeyen Donald Sigan

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Nasional

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara. Syarikat penerbangan itu...

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd