Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Nama Tiada Dalam Rekod, Bapa Dakwa Wanita Menyamar Doktor Culik Bayi Kembar Di Hospital?

Bapa Dakwa Wanita Menyamar Doktor

Bapa dakwa wanita menyamar sebagai salah seorang doktor menculik bayi kembarnya berusia sembilan bulan semasa dalam jagaan di Hospital Kuala Lipis, Pahang.

Menerusi hantaran di Facebook, dia  dikenali Syahmie dan isteri, Tasha memaklumkan mereka berasa curiga apabila tidak dibenarkan bertemu anak-anak yang dirawat di hospital berkenaan sejak lahir akibat masalah paru-paru.

Dakwa Syahmie, mereka hanya dibenarkan melawat dari luar bilik rawatan sepanjang sembilan bulan bayi kembarnya berada di hospital berkenaan.

Berita mengenai kehilangan bayi kembar berkenaan turut dikongsikan salah seorang rakan mereka di Facebook.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bapa Dakwa Wanita Menyamar Doktor

Kecurigaan semakin memuncak apabila mereka dimaklumkan bahawa bayi kembar mereka telah dibawa keluar oleh seorang doktor bernama Dr. Amalina Husna, yang didakwa berasal dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Namun, semakan rekod petugas kesihatan tidak menemukan nama tersebut, menimbulkan kemungkinan bahawa individu tersebut adalah penyamar.

Artikel lain: Pembantu Rumah Sorok Kehamilan, Keluarga Majikan Terkejut Bayi Lahir Tiba-Tiba

Maklumnya, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kehilangan bayi kembar tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Syamie menzahirkan harapan agar insiden ini hanyalah kekeliruan dalaman, sambil menyeru orang ramai agar tidak membuat tuduhan melulu terhadap Hospital Kuala Lipis yang sedang memberi kerjasama penuh dalam proses siasatan.

Insiden ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat, sekali gus menimbulkan persoalan tentang tahap keselamatan pesakit di fasiliti kesihatan awam.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini digesa tampil membantu siasatan demi mencari kebenaran.

Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak polis mahupun Hospital Kuala Lipis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FB  SyaMie Delivery

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Sosial

Seorang wanita warga Malaysia masih trauma selepas melalui detik mencemaskan apabila pesawat Batik Air yang dinaikinya hampir tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd