Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bantuan Program MyLesen, JPJ Rancang Guna Pendekatan Berbeza Tahun Depan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal merancang agihan pelaksanaan dengan pendekatan yang berbeza melalui bantuan program MyLesen pada tahun hadapan.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata kerajaan bersetuju untuk meneruskan program MyLesen yang mampu membantu dan menawarkan lesen memandu kepada golongan B40 dan belia.

Foto: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Katanya, menerusi program itu, kerajaan telah menanggung bayaran latihan dan ujian memandu yang memanfaatkan lebih 36,000 golongan B40.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Menerusi Program MyLesen Tahun 2024, kerajaan telah menanggung bayaran latihan dan ujian memandu yang akan memanfaatkan lebih 36,000 golongan B40 selain menerima lebih 130,000 permohonan,” jelasnya dalam Majlis Perasmian Penutup Program MyLesen Tahun 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Dewan Pusat Komuniti Setiawangsa di sini pada Jumaat.

Foto: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Melalui jumlah pemohon sedia ada, sebanyak 41,853 permohonan telah layak menyertai program tersebut selepas melepasi tapisan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Beliau berkata juga, program ini merupakan komitmen dan usaha cakna kerajaan untuk membantu golongan B40 mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan terutamanya ekonomi gig.

“Kerajaan berharap para penerima bantuan di bawah Program MyLesen akan memanfaatkan bantuan ini dengan sebaiknya kerana program ini merupakan salah satu usaha murni Kerajaan kepada golongan sasar,” ujarnya.

Foto: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malahan, inisiatif ini juga mampu melahirkan pemandu yang kompeten dan selamat, serta meningkatkan kesedaran dan pembudayaan orang ramai terhadap pematuhan peraturan-peraturan keselamatan jalan raya.

MyLesen tahun ini di Kuala Lumpur sahaja telah melibatkan 1,824 penerima manfaat golongan B40.

Foto: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Justeru itu, program MyLesen ini bertujuan membantu golongan B40 dan belia mendapatkan lesen motosikal Kelas B2, PSV untuk e-hailing dan bas serta Lesen Memandu Barangan (GDL) untuk lori.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan Madani 2025 pada Oktober lepas, telah mengumumkan kerajaan akan meneruskan bantuan lesen motosikal kepada 15,000 anak muda kurang berkemampuan seperti murid sekolah menengah, mahasiswa dan belia yang mencari kerja.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli), Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd