Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Bank Dunia Umum Unjuran Ekonomi Malaysia Kekal 4.3 Peratus

Bank Dunia mengumumkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia dikekalkan 4.3 peratus bagi 2024 dipacu oleh penggunaan swasta serta pemulihan eksport yang sejajar dengan jangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tahun ini.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Ahli Ekonomi Asia Timur dan Pasifik Bank Dunia Aaditya Mattoo berkata, negara mempunyai peluang bagi pertumbuhan yang lebih besar sekali gus perlu mewujudkan peluang baharu untuk menjana peluang pekerjaan kepada rakyat.

Foto: Google

“Negara ini mempunyai ekonomi terbuka, justeru kadar faedah global yang tinggi mempunyai kesan kepada negara ini,” katanya.

Beliau juga mengingatkan sekiranya pertumbuhan perlahan di ekonomi kedua terbesar dunia (China) itu akan memberi kesan kepada Malaysia berikutan negara terdedah terhadap ekonomi negara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami jangka pertumbuhan 4.3 peratus (tahun ini). Ia akan dipacu oleh penggunaan swasta dan terdapat sokongan berterusan pendapatan isi rumah.
“Memandangkan Malaysia bergantung kepada eksport, justeru pemulihan eksport akan memberi manfaat. Malaysia juga akan meraih manfaat daripada eksport elektrik dan elektronik,” ujar beliau.

Mattoo turut memberitahu mengenai paras hutang negara, di mana kerajaan masih lagi rendah meskipun ia meningkat secara ketara bermula pada pandemik manakala hutang isi rumah dan korporat di negara ini juga lebih tinggi berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Foto: Berita Harian

Sementara itu, Bank Dunia berkata, pemulihan perdagangan global dan keadaan kewangan yang reda dijangka mampu menyokong ekonomi di rantau ini selain berlakunya peningkatan hutang, perlindungan dan ketidakpastian dasar yang boleh menjejaskan pertumbuhan.

“Pertumbuhan serantau diunjurkan lebih rendah kepada 4.5 peratus pada 2024 berbanding 5.1 peratus pada tahun lalu,” katanya.

Sementara pertumbuhan dalam negara sedang membangun Asia Timur dan Pasifik tidak termasuk China diunjurkan telah meningkat kepada 4.6 peratus tahun ini berbanding 4.4 peratus pada 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, ekonomi Malaysia terus kukuh dan berdaya tahan dengan berkembang 3.7 peratus meskipun keadaan persekitaran luaran mencabar pada 2023.

Sumber: Berita Harian (Mahanum Abdul Aziz)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Nasional

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang...

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Lokal

Ibu kepada salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd