Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bakar Anak Kucing Di Tempat Parkir, Polis Buru Tiga Lelaki

Polis Daerah Kajang sedang mengesan tiga lelaki tempatan disyaki membakar seekor anak kucing di kawasan parkir motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang semalam.

Menerusi satu laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata, perbuatan ketiga-tiga lelaki berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi tersebut.

Foto: Bernama

“Pada 10.51 pagi tadi pengadu seorang wanita berusia 63 tahun telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan semakan pihak polis terhadap rakaman CCTV mendapati kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari semalam.
“Menerusi rakaman berkenaan dua daripada tiga lelaki yang sedang melepak di tempat letak motosikal telah menyimbah bahan bakar ke badan anak kucing tersebut sebelum menyalakan api, ketiga-tiga mereka kemudian hanya melihat anak kucing itu berlari dalam keadaan badan terbakar,” katanya.

Mohd Zaid juga berkata, seorang penduduk yang tinggal di flat tersebut terlihat anak kucing itu berlari dalam keadaan terbakar dan kemudian bertindak menyiram air ke badan kucing itu sebelum memberitahu kepada pengadu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: X @SoniaHoran__

“Pengadu kemudian mencari anak kucing itu di sekitar kawasan flat dan menjumpainya dalam keadaan lemah dan segera menghantarnya ke sebuah klinik haiwan swasta di Ampang dan kini dirawat akibat melecur tahap dua,” ujar beliau.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak polis telah berjaya mengenal pasti ketiga-tiga lelaki berkenaan dan sedang giat mengesan mereka yang terlibat dalam perbuatan tidak bermoral tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat kepada binatang dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya,” tambahnya lagi.

Foto: X @SoniaHoran__

Sementara itu, rakaman CCTV yang memaparkan aksi tiga lelaki berkenaan yang dilihat membakar anak kucing telah dimuat naik ke media sosial oleh pengadu melalui akaun X miliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama, X @SoniaHoran__

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pengawal keselamatan atau guard ditampar seorang pemandu lelaki yang dipercayai berang di sebuah pondok keselamatan....

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd