Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bakal Ibu Mentua Nak Menantu Kerja ‘Gomen’, Wanita Dituduh Banyak Duit Hasil Jual Diri

Ada pertemuan yang sepatutnya menjadi pintu kepada restu, namun ada juga yang berubah menjadi ujian paling getir. Niat yang dibawa dengan penuh sopan akhirnya dibalas dengan herdikan, meninggalkan luka yang bukan sedikit buat seorang wanita yang hanya mahu diterima sebagai insan biasa.

Satu video berdurasi 52 saat yang tular di TikTok pada Ahad mencuri perhatian ramai apabila seorang wanita dikenali sebagai Melly berkongsi detik tidak menyenangkan ketika bertemu bakal ibu mentuanya.

Rakaman tersebut dimuat naik menerusi akaun TikTok @mellycollinssss dan memaparkan situasi tegang antara Melly dan ibu kepada pasangannya.

Mentua

Menurut perkongsian Melly, kejadian berlaku ketika dia bersama pasangannya menjemput wanita berkenaan untuk keluar bersama. Namun sebaik melihat Melly duduk di bahagian hadapan kenderaan, bakal emak mentuanya terus melontarkan kata-kata yang mengejutkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Eh kenapa duduk depan ni, kau siapa? Tak malu ke eh, tak sedar diri,” katanya.

Artikel lain: Ingatkan Pemilik Syarikat Tapi Hanya Peniaga, Lelaki Reda Bakal Ibu Mentua Batal Nikah

Susulan herdikan itu, Melly dilihat keluar dari tempat duduk hadapan sebelum berpindah ke bahagian belakang. Namun, kata-kata pedas wanita tersebut tidak terhenti di situ apabila dia mula merendahkan Melly berdasarkan status pekerjaan.

“Kau ni bukan kakitangan kerajaan. Aku nak menantu aku kerja kerajaan. Kau ni dah la takda duit, kau ni bukan calon menantu aku. Aku tak suka dan aku tak restu kau dengan anak aku. Kau memang bukan menantu kesayangan aku,” ujarnya.

Mentua

Berasa dirinya dipandang rendah, Melly tampil bersuara untuk mempertahankan diri dengan bertanya mengapa pekerjaan kerajaan menjadi syarat utama untuk menjadi menantu. Jawapan yang diterima bagaimanapun mengecewakan apabila wanita itu menyatakan alasan kestabilan hidup.

“Kerja kerajaan ni ada pencen, ada bonus,” jelas wanita tersebut.

Tidak lama kemudian, Melly memuat naik satu lagi video mendedahkan bahawa pasangannya mengajaknya ke rumah bakal emak mentua atas alasan wanita itu ingin berjumpa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun setibanya di sana, Melly sekali lagi diherdik, kali ini kerana memuat naik video terdahulu yang telah tular.

Wanita berkenaan mendakwa dirinya diperkatakan orang sekeliling dan dilabel sebagai bakal emak mentua yang tidak menyukai menantu serta terlalu memilih pekerjaan.

Melly bagaimanapun mempertahankan tindakannya dengan menyatakan bahawa dia bertindak selepas terlalu lama menahan diri daripada penghinaan yang berulang kali diterima.

“Aunty yang cabar saya dulu. Dah banyak kali aunty hina saya, waktu pergi fitting baju dan terlalu banyak yang aunty mengata saya. Aunty yang cabar saya, saya ni pun ada tahap kesabaran sendiri,”tegasnya.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila bakal emak mentua itu turut mempersoalkan kemampuan kewangan Melly dan mendakwa segala aset yang dimiliki pasangan berkenaan adalah hasil sumbangan anaknya semata-mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melly yang berang kemudian meminta pasangannya mengemukakan bukti serta geran bagi menunjukkan bahawa harta berkenaan adalah atas namanya sendiri.

Dalam situasi tersebut, pasangannya yang sebelum ini lebih banyak mendiamkan diri akhirnya bersuara dengan mengakui bahawa Melly sebenarnya yang banyak mengeluarkan modal sepanjang hubungan mereka.

Mentua

Kenyataan itu bagaimanapun gagal diterima oleh wanita berkenaan yang terus melontarkan tuduhan lebih keterlaluan terhadap Melly.

“Eh kau ni kerja apa sebenarnya? Kau pergi jual diri ke sampai banyak sangat masa dengan anak aku,” tempelaknya.

Melly mengakui dirinya amat terkejut dan terluka dengan kata-kata tersebut, lebih-lebih lagi apabila merasakan dirinya tidak dipertahankan sepenuhnya oleh pasangan sendiri ketika maruahnya dipijak-pijak.

Sumber: TikTok @mellycollinssss

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Dunia

Global Sumud Flotilla (GSF) mengumumkan pelancaran flotila kemanusiaan terbesar dalam sejarah ke Gaza, yang dijadualkan berlepas pada 29 Mac dari pelbagai pelabuhan di seluruh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd