Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Azmin Ali Dilantik Setiausaha Agung PN, Sumber Dakwa PAS Tak Puas Hati?

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) tanpa rundingan didakwa cetus rasa tak puas hati sehingga mengundang tindak balas PAS, kata sumber BERSATU.

Memetik laporan Free Malaysia Today, sumber BERSATU itu merujuk kenyataan Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden mencadangkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dilantik ke jawatan itu.

PAS tak puas hati Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung PN?

Sebelum ini, media melaporkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan melepaskan jawatan sebagai setiausaha agung kerana bakal menjadi timbalan presiden BERSATU selepas kemenangannya pada pemilihan parti awal bulan ini.

“Tindak balas itu dibuat kerana tak puas hati, tetapi secara terhormat bukan biadab.
“Saya tak pasti mengapa (tergesa-gesa) diumumkan Azmin turut jadi setiausaha agung PN, tapi nampaknya PAS tak selesa,” kata sumber itu, merujuk kepada pengumuman Muhyiddin.

Sebelum ini, media melaporkan Muhyiddin mengesahkan Mohamed Azmin dilantik sebagai setiausaha agung BERSATU dan PN dan pengumuman rasmi mengenai perlantikan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, Afnan mencadangkan Takiyuddin pengganti Hamzah, sesuai pengalaman dan senioriti dalam PN, selain kedudukan sebagai timbalan setiausaha agung.

Menurut sumber itu, mengikut amalan sebelum ini bagi pelantikan Hamzah, keputusan dibuat selepas perbincangan diadakan di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi selepas mengambil kira pandangan semua komponen.

“Pemilihan setiausaha agung PN bukan melalui lantikan presiden BERSATU saja, (jawatan itu) kena runding dan bincang. Macam pelantikan ketua pembangkang dan setiausaha agung PN sebelum ini, dirunding sebab PAS sendiri setuju lantik Hamzah,” dedahnya.

Kata sumber itu lagi, tindakan Presiden BERSATU itu dibimbangi mencetuskan kepercayaan PAS terhadap parti itu terutama Muhyiddin, jika serang-menyerang antara satu sama lain terus berlaku.

“Pemilihan setiausaha agung PN bukan melalui lantikan presiden Bersatu saja, (jawatan itu) kena runding dan bincang. Macam pelantikan ketua pembangkang dan setiausaha agung PN sebelum ini, dirunding sebab PAS sendiri setuju lantik Hamzah,” dedahnya.
“Sekarang isu Tan Sri (Muhyiddin) lantik jawatan setiausaha agung PN tanpa rundingan,” katanya.

Terdahulu, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata PAS lebih layak memimpin PN kerana wakil rakyatnya paling ramai di Parlimen disamping mempunyai jentera akar umbi kuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

PAS Tak Puas Hati Azmin dilantik setiausaha

Menurut Hashim, PAS juga tiada rekod atau masalah lompat parti berbanding BERSATU yang ketika ini terbukti banyak kepincangannya.

PAS ketika ini memiliki 43 kerusi Parlimen iaitu terbesar dalam PN berbanding 31 kerusi yang dimenangi BERSATU pada PRU15, namun berkurangan kepada 25 apabila enam wakil rakyatnya menyokong Anwar Ibrahim.

Sumber: Free Malaysia Today

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Nasional

Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 9 hingga 15 April meningkat kepada RM6.72 seliter berbanding RM6.02 sebelum ini. Kementerian Kewangan memaklumkan, harga RON97 tanpa...

Dunia

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa selat-selat utama di negara itu mempunyai kepentingan strategik kepada perdagangan dunia, sekali gus menjadikan Indonesia sentiasa menjadi perhatian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd