Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Atta Halilintar Korban 22 Ekor Lembu Dan Kambing, Sempena Tarikh Lahir Anak

Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Muhammad Attamimi Halilintar atau lebih dikenali sebagai Atta Halilintar menumbangkan 22 ekor lembu dan kambing di Jakarta, Indonesia sempena dengan ibadah korban yang disambut pada hari Raya Aidil Adha, 17 Jun lalu.

Foto: IG @attahalilintar

Menerusi satu hantaran di Instagram, lelaki berusia 30 tahun itu membuat naik satu hantaran di akaun Instagram miliknya @attahalilintar yang berkongsikan gambar dirinya sedang memegang seekor lembu dan beberapa ekor lembu lainnya berada dalam kandang.

“Alhamdulillah, tahun ini saya dan isteri boleh korbankan 22 ekor binatang korban (seperti tarikh lahir anak),” katanya.

Atta juga berkata melalui hantaran itu bahawa beliau mahu berkongsikan seekor hingga tiga ekor haiwan korban tersebut kepada followernya di Instagram yang pemenangnya akan diumumkan kemudian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: IG @attahalilintar

Beliau juga berkongsikan beberapa gambar yang memaparkan beliau bersama-sama teamnya sedang melapah daging korban dan mengagihkannya kepada penduduk yang beratur untuk menerima agihan daging tersebut.

Agihan daging korban tersebut diagihkan kepada penduduk di sekitar bangunan pejabat mereka yang terletak di Ciputat Timur, Tangerang Selatan.

Foto: IG @attahalilintar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, rata-rata netizen menyambut baik hantaran yang dibuat Atta Halilintar tersebut selain memberikan komen positif di ruangan komen Youtuber berkenaan.

Semoga rezekinya bertambah..

MasyaAllah!

Lancar ibadah Hajinya..

Untuk makluman, Atta Halilintar dan isterinya, Aurelie Hermansyah juga sebelum itu ada berkongsikan di media sosial bahawa mereka juga menunaikan ibadah Haji pada tahun ini sekali gus mendoakan kepada orang Muslim yang lain supaya berpeluang menunaikan ibadah tersebut di Tanah Suci, Mekkah.

Sumber: IG @attahalilintar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil dengan sisi kemanusiaan yang dekat di hati rakyat. Mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd