Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Asyik Kantoi Kes Curi, Lelaki ‘Rembat’ Produk Pemutih Wajah Untuk Kekasih Pula!

Kekasih menjadi pendorong buat seorang lelaki Thailand apabila bertindak mencuri 120 pek produk pemutih wajah untuk wanita tersebut dari sebuah kedai serbaneka di wilayah Isaan, Surin.

Menurut laporan Thaiger pada Selasa, Singha Toomkhon mencuri produk kecantikan untuk dijadikan hadiah agar teman wanitanya mempunyai kulit muka yang berseri-seri seperti selebriti.

Selain mencuri produk kecantikan, Singha juga mengaku dia pernah mencuri minuman keras di kedai Lotus’s sebelum dikesan oleh pekerja kedai itu.

Takut ditangkap, Singha meninggalkan kedai tersebut tanpa mengambil minuman keras namun sempat mencuri motosikal Honda Wave berwarna biru milik salah seorang pelanggan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas berjaya melarikan diri, pekerja kedai Lotus’s melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan mereka terus mengambil tindakan.

Menurut pihak polis, Singha tidak lagi asing bagi mereka kerana sebelum ini lelaki berumur 38 tahun itu pernah ditangkap atas kesalahan mencuri produk pemutih wajah.

Singha ditangkap di rumahnya ketika dia sedang meminum alcohol bersama rakan-rakan. Ketika penangkapannya, Singha membuat pengakuan bahawa itu bukan kali pertama dia mencuri di kedai itu.

Singha mendedahkan bahawa itu merupakan cubaan ketiganya mencuri minuman keras di Lotus’s sebelum ditangkap oleh pekerja di kedai itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, dia berjaya mencuri empat buah botol dalam dua kejadian berasingan di kedai yang sama sebelum ditangkap buat kali ketiga.

Singha juga berkata dia sudah ketagih dengan rasa alkohol dan seringkali ingin berkongsi minuman keras bersama rakan-rakannya.

Berdasarkan laporan Channel 3, jumlah kerugian barang yang dicuri Singha melebihi 10 000 baht (RM1313.08) yang mana empat botol vodka sahaja berjumlah 7000 baht (RM919.39) dan produk pemutih wajah itu berjumlah 4680 baht (RM614.66).

Singha menghadap pertuduhan Seksyen 334 Undang-Undang Jenayah kerana mengambil harta orang lain secara tidak jujur. Jika didapati bersalah, dia akan dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi 6000 baht.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Thaiger

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Lokal

Pihak polis membuka satu kertas siasatan berhubung video yang tular di media sosial memperlihatkan program zumba yang tidak senonoh. Buka kertas siasatan Menurut Ketua...

Lokal

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Kulim–Mahang, petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd