Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Arab Saudi Buka Surau Tertinggi Di Dunia, Terletak 483 Meter Dari Aras Laut

Arab Saudi telah buka surau tertinggi di dunia apabila merasmikan ruang solat berketinggian 483 meter dari aras laut dan menghadap terus ke Kaabah.

Lokasi di hotel berkembar

Memetik laporan dari Arab Times, surau yang dikenali sebagai Sky Musallah itu merupakan ruang solat tertinggi di dunia dan sekali gus mendapat pengikhtirafan daripada Guiness World Record.

Susulan daripada kejayaan memasuki rekod dunia, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembangunan Jabal Omar meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian berkenaan.

“Dengan lokasi utamanya yang berpusat di menara berkembar hotel, Sky Mussallah benar-benar mempesonakan dan mesti dikunjungi oleh semua orang yang melalui bandar ini,”  ujarnya.

Pemandangan eksklusif Kaabah

Difahamkan, keluasan ruang solat berkenaan boleh menampung 520 orang dalam satu-satu masa selain dapat melihat pemandangan eksklusif Kaabah dan mercu tanda yang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ia telah direka khas untuk menawarkan hubungan yang tulus dengan persekitarannya yang suci, memberikan pemandangan Masjid Al-Haram dengan pemandangan penuh Kaabah di mana seluruh bandar menjadi hidup setiap tahun semasa musim Haji dan Umrah,” tambah Jabal Omar lagi.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu rekaan dalaman dengan adanya  kaligrafi Arab yang menceritakan tentang kisah nama-nama Allah yang berbeza.

Sumber: Arab Times

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd