Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Anwar Ibrahim ‘Jurujual’ Terbaik Malaysia -Tengku Zafrul

Malaysia terus menarik pelaburan besar dari syarikat-syarikat global kerana kestabilan politik semasa, ekosistem rantaian bekalannya yang kukuh dan peranan penting yang dimainkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri jurujual terbaik Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS)-China turut menguntungkan negara-negara anggota ASEAN, dengan beberapa syarikat berpindah ke Malaysia dan Vietnam untuk menyelaraskan semula rantaian bekalan mereka.

Menurut Tengku Zafrul, situasi politik Malaysia tidak lagi menjadi kebimbangan utama dalam kalangan bakal pelabur.

“Perdana Menteri kita adalah jurujual terbaik Malaysia. Beliau memudahkan kerja saya,” kata Tengku Zafrul secara berseloroh semasa sidang media bersama media Malaysia di luar sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di sini.

Pengaruh & kerja keras Anwar Ibrahim begitu jelas

Tengku Zafrul menambah pengaruh dan kerja keras Perdana Menteri begitu jelas semasa menghadiri beberapa penglibatan antarabangsa termasuk Sidang Kemuncak ASEAN di Jakarta baru-baru ini dan lawatan kerja yang begitu padat (selama 14 jam) ke Nanning, China hanya beberapa hari lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Beliau turut menghadiri sambutan Hari Malaysia di Kuching dan kemudian segera terbang ke Nanning dan tiba di sana pada jam 4 pagi.
Dalam lawatan singkat Anwar ke Nanning, Perdana Menteri menghadiri beberapa acara dan bertemu dengan Perdana Menteri China Li Qiang, pertemuan kali ketiga bagi kedua-dua pemimpin untuk tahun ini,” kata Tengku Zafrul.

Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dengan pelabur China di Malaysia, China Communications Construction Company (CCCC) dan Huawei, serta menyaksikan pertukaran tiga memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM19.84 bilion antara syarikat dari kedua-dua negara.

Sementara itu, Perdana Menteri dijangka mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua industri apabila tiba di New York pada Rabu untuk menghadiri UNGA, kata Tengku Zafrul.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan Malaysia dijadual mengambil bahagian dalam perbincangan meja bulat dengan Fortune 500 Companies, dan sesi penglibatan dengan Invest Malaysia New York.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan usahawan dan pelabur baharu yang berpotensi dari AS seperti Boeing, Kimberly Clark, Phillip Morris International, dan Procter & Gamble (P&G).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Bekas tunang selebriti Indonesia, Lucinta Luna kembali menjadi bualan hangat ramai apabila dia dikatakan bertukar karier baharu sebagai bintang porno selain menawarkan perkhidmatan seks....

Spotlight

Selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang bakal melangsungkan perkahwinan di Bali bersama jejaka pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana dikhabarkan mendapat restu sepenuhnya daripada...

Politik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dinobatkan sebagai ‘Bapa Malaysia’ atas sumbangan beliau dalam isu berkait Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Memetik laporan Harian...

Sukan

Ratu skuasy negara S. Sivasangari melakar kejayaan membanggakan selepas dinobatkan sebagai juara Kejohanan Skuasy Terbuka Kelab Bola Sepak Hong Kong, kelmarin. Sivasangari, pemain ranking...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.