Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anggota JPJ Pakai Kamera Badan Mulai November – Loke

Semua anggota ppenguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara akan menggunakan Alat Perakam Badan (BWC) bermula pada November ini bagi memperkukuh keberkesanan penguatkuasaan serta meningkatkan integriti dan ketelusan perkhidmatan awam.

Anggota JPJ pakai kamera badan mulai bulan depan

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bagi fasa pertama, sebanyak 100 unit BWC akan digunakan pegawai penguat kuasa JPJ, melibatkan ibu pejabat dan JPJ negeri dengan peruntukan RM2.3 juta.

“Inisiatif ini telah dibincangkan selama bertahun-tahun dan akhirnya kita mendapat peruntukan (untuk laksanakan). Jadi, fasa kedua nanti semua anggota penguat kuasa JPJ akan memakainya apabila mereka menjalankan aktiviti penguatkuasaan,” katanya.

Loke berkata demikian dalam sidang media selepas majlis perhimpunan dan ikrar bebas rasuah JPJ di Putrajaya, hari ini.

Kamera badan

Foto: Bernama

Beliau berkata, penggunaan BWC menandakan komitmen JPJ untuk melaksanakan penguatkuasaan berasaskan bukti dan memastikan setiap tindakan di lapangan dapat dirakam, dinilai dan dipantau secara objektif.

“Anggota-anggota JPJ yang akan terlibat dalam operasi khas, khususnya isu lebih muatan mesti ada kamera sebab mereka ini akan berdepan dengan satu risiko yang besar.
“Dalam kalangan mereka (juga) diberikan pistol sebab lazimnya apabila kita buat penguatkuasaan ada tonto dan mereka tidak takut dengan anggota JPJ. Ada (tonto) yang kejar balik sebab ingin takutkan anggota,” katanya dan menambah BWC serta pistol diberikan untuk melindungi diri.

Artikel lain: BUDI95 : JPJ Lanjut Waktu Operasi Kaunter Hujung Minggu, Mudahkan Urusan Perbaharui Lesen

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, JPJ yakin pelaksanaan inisiatif ini akan menjadi pemangkin kepada transformasi budaya kerja penguatkuasaan, meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap ketelusan tindakan JPJ serta memperkukuh keberkesanan sistem tadbir urus dan akauntabiliti perkhidmatan awam.

“Langkah ini juga menegaskan pendirian JPJ untuk melaksanakan tugas penguatkuasaan secara tegas, profesional dan berintegriti tinggi, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkukuh tadbir urus dan kepercayaan rakyat terhadap agensi penguatkuasaan negara,” katanya.

Pada majlis itu juga, JPJ turut menerima sumbangan empat kenderaan Honda CR-V baharu daripada PLUS Malaysia Berhad (PLUS), sebagai kesinambungan kepada kerjasama strategik yang terjalin sejak 2019.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Lokal

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) mengecam gelombang kebencian terbaru yang disasarkan terhadap pelarian Rohingya di Malaysia susulan satu petisyen di platform Change.org yang didakwa mengandungi...

Sosial

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd