Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Anak Yatim 7 Tahun Dikasari, Peguam Tawar Khidmat Percuma Bantu Dapatkan Keadilan

Pengasas Pusat Jagaan Tenang Bersama Qadar (TBQ Amal), Herman Sudil meluahkan rasa bengang apabila seorang budak lelaki tujuh tahun di bawah jagaannya didakwa telah dikasari oleh seorang individu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Herman di laman Facebooknya, dia berkata budak tersebut yang juga merupakan anak yatim telah disepak sebanyak tiga kali sehingga terhentak di dinding menganggu anak individu tersebut di sekolah.

Difahamkan juga, laporan polis telah dibuat bagi menyiasat dan mendapatkan keadilan melalui undang-undang berhubung isu tersebut.

Anak Yatim 7 Tahun Dikasari

Anak Yatim 7 Tahun Dikasari

“Berani kau sepak tiga kali sampai terhentak ke tembok anak TBQ yang umur tujuh tahun ini sebab kacau anak kau kat sekolah?
“Apa pun kenakalan budak kat sekolah, biar pihak sekolah yang uruskan. Bukan bapa yang lebih besar dan fizikal kuat sepak pelajar itu.
“Saya dah arahkan semua saksi yang lihat anak kita kena sepak buat laporan polis segera. Siap ugut lagi nak belasah budak ni kacau anak dia lagi?” katanya.

Bukan itu sahaja, Herman akui bukan mudah untuk mendidik murid tersebut untuk kembali pulih seperti kanak-kanak lain selepas mengalami trauma sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Budak Lelaki Tumpang Tidur Di Dobi Lepas Ibu Meninggal, Bapa Pula Ada Di Penjara

Anak Yatim 7 Tahun Dikasari

“Ini anak yatim yang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hantar sebab ada kes. Punya payah TBQ amal nak kasi dia normal balik jadi macam kanak-kanak biasa sebab kes trauma yang beliau lalui.
“Tiba-tiba kau nak pukul budak ni macam tiada orang tua jaga dia? Sebab dia datang dari rumah kebajikan kau ingat boleh belasah macam itu? Dia tak ada orang sayang dan jaga?” ujarnya geram.

Dalam pada itu, Herman berkata sekiranya anak jagaannya itu didapati bersalah, dia akan didenda mengikut peraturan rumah perlindungan kanak-kanak tersebut dan akan diberi kaunseling.

Dalam perkembangan lain, cikgu Mohd Fadli Salleh mendedahkan isu tersebut mendapat perhatian daripada seorang peguam yang menawarkan khidmat guaman percuma kepada Herman bagi membantu mendapatkan keadilan.

Sumber: Facebook @Herman Sudil, Mohd Fadli Salleh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Sosial

Jasad penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Muhammad Amsyar Muqri Masri, 18, ditemui pada hari kedua operasi selepas hilang dalam insiden mesin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd