Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anak Tengku Muda Pahang Dan Empat Individu Mengaku Tak Bersalah Serang Pekerja Binaan

Kerabat diraja Pahang Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman,20, diheret ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau pada Jun lalu, hari ini.

Pertuduhan itu dibuat kira-kira dua bulan selepas Malaysiakini melaporkan dakwaan serangan terhadap pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan Alias Awang, 44.

Anak Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah itu dituduh bersama Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39, Mohd Fouzi Md Nur, 44, Mohd Taufik Daud, 44, dan Khairul Azhar Rosli, 38.

Foto: Bernama 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tengku Abdul Rahman ialah adik kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Salah seorang daripada tertuduh, Mohd Fouzi, berkhidmat sebagai anggota polis. Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan, lapor media.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama mencederakan paha Alias menggunakan pisau di kawasan lot tanah bangsal kuda, Jalan Teluk Sisek di Kuantan pada 6 Jun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bernama 

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, didenda, disebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Pengarah Pendakwaan Pahang, Shahrizat Ismail di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Pada 5 September lalu telah dilaporkan seorang kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan orang didakwa menyerang dan mencederakan Alias menggunakan pisau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nama Eddy tidak didedahkan ketika itu kerana dia belum dituduh di mahkamah.

Alias mendakwa seorang rakan kerabat itu menikam pahanya manakala kerabat itu pula menembak ke arah kakinya tetapi tersasar.

Bapa kepada lapan orang anak itu mendakwa dia diserang susulan pertikaian berkaitan isu tanah di Rompin, yang dia terlibat dalam pembinaan jalan di situ.

Foto: Bernama 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika dihubungi sebelum ini, polis berkata pihaknya menyiasat kes itu dari setiap sudut, tetapi tidak menyatakan dengan jelas sama ada siasatan turut menjurus kepada penggunaan senjata api.

Kes itu turut mendapat perhatian Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang menggesa polis bertindak tegas kerana tiada sesiapa yang lebih tinggi dari undang-undang, termasuk kerabat diraja.

Sementara itu, dalam prosiding hari ini, pihak pendakwaan memohon jaminan RM10,000 dikenakan terhadap setiap tertuduh.

Dia juga mencadangkan syarat tambahan supaya kesemua mereka melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohon jaminan dikurangkan, ditanggung ibu bapa

Bagaimanapun, peguam bela Y Sheelan memohon minimum dalam lingkungan RM5,000 terhadap Tengku Eddie Akasya atas alasan masih ditanggung ibu bapa.

Sheelan juga memohon jumlah sama untuk Nik Norhisham Affendi dan Khairul Azhar yang bekerja sebagai penternak lembu.

Foto: Sinar Harian

Peguam Mohammed Badrulzzaman yang mewakili Mohd Fouzi pula memohon jaminan rendah terhadap anak guamnya yang menyara isteri dan anak yang masih bersekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majistret kemudian menetapkan jaminan RM7,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan membenarkan semua syarat tambahan dicadangkan pendakwaan.

Dia juga menetapkan tarikh 11 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Foto: Carian Google

Terdahulu, seorang pekerja pembinaan mendakwa menjadi mangsa serangan berkumpulan yang didalangi seorang kerabat itu di sebuah kandang kuda di Kuantan, Jun lalu pada 5 Sept lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Alias Awang, 44, yang menjadi mangsa serangan seorang kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan individu kecewa kerana belum ada tindakan daripada pihak berkuasa berhubung perkara itu.

Sumber: Malaysiadateline, Malaysiakini

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd