Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anak Sulung Nekad Bela Kematian Ibu & Adik -“Saya Akan ‘Fight’ Sampai Habis”

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila jenazah dua beranak, Sariya Che Hin, 51, dan anak perempuannya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Masjid al-Maarif, Jeneri, malam tadi.

Anak sulung akan tegakkan keadilan

Memetik laporan daripada Berita Harian, Anak sulung mangsa, Mohd Noor Hafifi Hassan, 28, menzahirkan rasa sebak dan tekad untuk menegakkan keadilan buat ibu dan adiknya yang dibunuh di rumah sewa keluarga mereka di Kampung Sekolah Juru, Seberang Perai.

“Saya harap netizen jangan buat spekulasi atau tuduhan melulu.
“Kami masih bersedih dan perlukan ruang untuk tenangkan diri. Biar polis jalankan siasatan, kalau sesiapa ada bukti, boleh lapor ke balai polis tanpa sebar di media sosial,” katanya selepas pengebumian.

 

Anak sulung masih ingat pesanan terakhir ibu

Menurut Hafifi, dia masih teringat pesanan terakhir arwah ibunya agar sentiasa berbuat baik dan tidak membalas kejahatan dengan keburukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ibu selalu pesan saya jadi anak yang baik, jangan buat jahat pada orang walau orang buat kita macam-macam. Pesan itu akan saya pegang sampai bila-bila,” ujarnya dalam nada sebak.

Akan fight sampai habis

Hafifi yang bekerja sebagai jurutera di Perak berkata, dia sepatutnya pulang ke kampung pada hari kejadian namun tidak menyangka menerima panggilan yang meragut seluruh ketenangan hidupnya.


“Saya memang nak balik semalam atau hari ini. Tapi bila saya dapat panggilan malam itu, saya tak percaya. Bila sampai tengok sendiri, polis dah ramai,” katanya.
Anak sulung itu menegaskan, dia tidak akan berdiam diri sekiranya ada pihak cuba menutup kebenaran.
“Kalau ada tangan-tangan yang cuba ‘drop’ kes ini, saya takkan biar ia berlaku. Saya akan ‘fight’ sampai habis. Ini saja yang saya mampu buat untuk balas jasa ibu dan adik saya,” tegasnya.

Dalam masa sama, Hafifi turut menyeru masyarakat agar mengambil iktibar daripada tragedi itu dan menghargai hubungan kekeluargaan.

Dia turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah ibu dan adiknya sehingga selesai.

Artikel lain: Kes 2 Beranak Tak Bernyawa Di Juru: Suami Direman Tujuh Hari Bantu Siasatan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, berita tentang pembunuhan dua beranak di Juru menjadi perhatian negara apabila kedua-dua mangsa ditemukan tidak bernyawa di dalam rumah dengan kesan serangan menggunakan pisau pemotong daging.

Difahamkan, suami kepada Allahyarham Sariya yang merupakan pengawal keselamatan telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian (Noorazura Abdul Rahman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Spotlight

Rapper terkenal Britain, Central Cee, 27, mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam dan menukar namanya semasa siaran langsung baru-baru ini. Central Cee, nama lahir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd