Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anak Menteri Sorok Perkahwinan Di Negara Jiran Daripada Keluarga – KPN

Polis telah mengesahkan kesahihan sijil perkahwinan anak seorang menteri Kabinet yang berkahwin di negara jiran pada September tahun lalu.

Anak Menteri

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan bahawa hasil siasatan mendapati pasangan tersebut bercinta dan ingin berkahwin namun menghadapi halangan.

“Mereka sebenarnya menyorok perkahwinan yang berlaku pada September tahun lalu dan rakannya sendiri tidak mengetahuinya
“Apabila jadi isu macam ini kawan-kawan mereka pun tidak tahu jadi mereka tidak mahu memperbesarkan kerana takut keluarga terasa hati,” katanya semasa berucap kepada media selepas Majlis Apresiasi Ketua Polis Negara Bersama Pegawai Polis yang Bersifat Mulia dan Budiman di PULAPOL, Kuala Lumpur hari ini.

Kertas siasatan telah dilengkapkan dan dihantar kepada Timbalan Pendakwaraya (TPR) di Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita masih menunggu arahan selanjutnya,” ujarnya.

Artikel lain: Isu Buku ‘Becoming Hannah’, Polis Terima 182 Laporan Terhadap Hannah Yeoh

Sebelum ini, media melaporkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri seperti yang tular di laman media sosial minggu lalu.

Malah turut tular di platform Telegram mengenai dakwaan seorang wanita meminta anak menteri tersebut untuk bertanggungjawab atas kandungannya yang berusia tujuh minggu.

Siasatan kes ini dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

PDRM menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi  Ismail)

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Spotlight

Rapper terkenal Britain, Central Cee, 27, mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam dan menukar namanya semasa siaran langsung baru-baru ini. Central Cee, nama lahir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd