Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Anak Kelahiran Malaysia Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Di Meta

Ahli perniagaan anak kelahiran Malaysia, Tan Hock Eng telah dilantik untuk menganggotai lembaga pengarah syarikat induk Facebook, Instagram dan WhatsApp iaitu Meta Platforms Inc.

Memetik laporan The Egde Malaysia, Meta juga telah melantik bekas eksekutif dan pengasas bersama, Arnold Ventures LLC John Arnold ke dalam lembaga pengarah.

Foto: The Star

Pengasas dan Ketua Eksekutif Meta, Mark Zuckeberg berkata beliau teruja kerana Tan dan Arnold bakal menyertai lembaga pengarah Meta.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami kini sedang memberi tumpuan kepada pembuatan AGI (kecerdasan am buatan).
“Dengan kehadiran pengarah yang mempunyai kepakaran mendalam mengenai silikon dan infrastruktur tenaga sudah pasti ia akan membantu kami mencapai visi jangka panjang syarikat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Tan yang juga memegang jawatan ketua pegawai ekskutif dan pengarah Broadcom Inc berkata beliau tidak sabar untuk bekerjasama dengan Meta.

Artikel lain: Tak Pernah Lulus & Lesenkan! BNM Nafi Terlibat Dengan Quantum Metal

“Saya gembira untuk menyertai lembaga pengarah Meta dan menyumbang kepada pencapaian visi syarikat.
“Meta mempunyai peranan yang besar dalam pengkomputeran di masa akan datang kerana ia mengembangkan tawaran platform dan aplikasinya di masa hadapan,” ujar Tan.

Tan dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang, dan kemudiannya memperoleh kelulusan ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Institut Teknologi Massachusetts (MIT).

Anak kelahiran Malaysia dilantik menjadi lembaga pengarah Meta

Foto: The Star

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, beliau turut memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Harvard dan kembali ke Malaysia untuk mengendalikan Hume Industries antara 1983 dan 1988.

Beliau kemudian berpindah ke Singapura sebagai pengarah urusan Pacven Investment iaitu sebuah firma modal teroka.

Tan berpindah ke Amerika Syarikat (AS) pada 1999 dan memegang jawatan naib presiden kewangan di Commodore International, kemudian bekerja sebagai ekskutif kanan kewangan di PepsiCo dan sebagai eksekutif kanan di General Motors.

Berikutan itu, Tan menjadi presiden dan Ketua Pegawai Eksekuitf Integrated Circuit Systems sebelum berkhidmat sebagai pengerusi lembaga Integrated Device Technology.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disamping itu, beliau turut memperoleh kewarganegaraan AS dan pada 2017, Tan dinamakan CEO berpendapatan tertinggi di negara itu dengan perolehan AS$103.2 juta (RM4993.35 juta) pada tahun itu.

Sumber: The Edge Malaysia (Emir Zainul)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd