Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Anak Gadis Shah Rukh Khan Dipuji, Tetap Cantik Tanpa Solekan

Hidup sebagai seorang anak artis terkenal bukanlah sesuatu yang mudah kerana seringkali menjadi perhatian media walaupun mereka tidak terlibat dalam dunia hiburan.

Itulah yang terpaksa dilalui oleh anak kepada pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan iaitu Suhana yang sering mencuri perhatian ramai dengan kecantikan semulajadinya.

Terbaharu, penampilan Suhana sewaktu keluar bersama ibunya, Gauri Khan berkunjung ke kediaman rakannya pada Ahad lalu sekali lagi menjadi perhatian ramai terutama peminat.

Menerusi video berkenaan, Suhan dilihat tidak mengenakan sebarang calitan mekap dan hanya menggayakan t-shirt putih serta jaket kelabu yang dipadankan dengan seluar berwarna hitam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cantiknya Suhana!

Rata-rata warganet memuji kecantikan semulajadi anak perempuan hero Bollywood kesukaan ramai yang sentiasa kelihatan manis.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Anak Shah Rukh Khan sentiasa nampak manis.
“Dia sebenarnya cantik tanpa mengenakan sebarang calitan solekan seperti sebelum ini,”

Terdahulu, warganet terpukau dengan kecantikan yang dimiliki oleh Suhana sehingga ramai yang menimpikan pinggang ramping sama sepertinya.

Sekadar info, Suhana bakal membuat kemunculan buat pertama kalinya dalam dunia lakonan menerusi filem Zoya Akhtar’s The Archies arahan pengarah Zoya Akhtar.

View this post on Instagram

A post shared by Suhana Khan (@suhanakhan2)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram @viralbhayani, @suhanakhan2

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd