Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Ambil Alih Jawatan Lee Hsien Loong, Lawrence Wong Perdana Menteri Singapura Baharu

Lawrence Wong bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura baharu sekali gus mengambil alih jawatan yang disandang oleh Lee Hsien Loong.

Menerusi laporan media Singapura, Pejabat Perdana Menteri (PMO) Republik telah menyatakan bahawa presiden Lee akan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 15 Mei ini.

Foto: Lianhe Zaobao

“PM Lee akan mengosongkan jawatan PM pada 15 Mei 2024.
“Wong mendapat sokongan sebulat suara daripada Ahli Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP),” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, Wong telah memperoleh sokongan sepenuhnya daripada semua Ahli Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan majlis angkat sumpah dikatakan akan berlangsung pada 15 Mei di istana.

Memetik laporan Astro Awani, Lee difahamkan akan menasihati soal pemilihan calon bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang sedang disandang oleh Wong ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: ThinkChina

Dalam pada itu, bakal perdana menteri keempat Singapura ini telah mengungkapkan rasa syukur menerusi kenyataan di laman Facebook berkenaan dengan tanggungjawab baru yang akan digalas olehnya.
“Saya menerima tanggungjawab ini dengan rendah hati dan rasa tanggungjawab yang mendalam. Saya berikrar untuk memberikan yang terbaik kepada anda dalam usaha ini,” ujarnya.

Wong yang berusia 51 tahun itu akan menjadi pemimpin pasukan generasi keempat (4G) selepas Lee Goh Chock Tong (1990) dan Lee Kuan Yew (1959).

Sumber: CNA, Astro Awani 

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Sukan

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dilaporkan memulakan siasatan awal terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) serta presidennya, Claudio Tapia...

Lokal

Seorang penggali kubur, Rosli Abdullah, 52, kini hanya mampu bergantung sepenuhnya kepada cecair yang disalurkan menerusi tiub selepas hilang keupayaan untuk membuka mulut dan...

Nasional

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Taufan (Bavi) selepas ribut tropika berkenaan dikesan pada jam 8 pagi, kira-kira 1,151 kilometer (km) ke...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd