Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Alza Dilanggar Bas Pelajar UPSI: Keluarga Ustaz Lutfi Cedera, Anak Lelaki Tercampak Keluar

Kemalangan tragis awal pagi Isnin yang membabitkan sebuah bas persiaran membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bukan sahaja meragut 15 nyawa pelajar, malah turut mengakibatkan kecederaan parah kepada ahli keluarga pemandu Perodua Alza yang terlibat dalam insiden tersebut.

Menerusi satu hantaran Facebook oleh Mohd Zaidi Bin Desa, keluarga mangsa yang menaiki Perodua Alza terdiri daripada Ustaz Mohd Lutfi Radzi, 37, guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Malau, Kedah, isterinya Nurul Ain Zakaria, 35, serta dua orang anak mereka.

Foto: Sinar Harian

Dalam hantaran itu, Mohd Zaidi memaklumkan bahawa anak lelaki Ustaz Lutfi iaitu Muhammad Ahsan Nafis, 2, tercampak keluar dari kenderaan akibat impak kuat pelanggaran, manakala anak perempuan Nur Aisyah Nafishah, 6, patah tulang lutut.

“Mohon doakan Ustaz Lutfi dan keluarga yang terlibat kemalangan dengan bas bawa pelajar UPSI awal pagi tadi. Anak lelaki tercampak keluar, anak perempuan patah tulang kat lutut dan isteri patah 5 tulang rusuk,” tulisnya pada Isnin.

Foto: FB Mohd Zaidi bin Desa

Isteri kepada Ustaz Lutfi pula mengalami kecederaan pada tulang rusuk kiri dan mereka sekeluarga sedang menerima rawatan di Hospital Baling.

Foto: Kosmo!

Menurut laporan, kejadian berlaku apabila bas yang membawa pelajar UPSI dari Terengganu ke Tanjung Malim dipercayai dipandu laju sebelum melanggar bahagian belakang Perodua Alza, lalu hilang kawalan dan terbalik selepas merempuh pembahagi jalan.

Selain 15 pelajar yang terkorban, seramai 27 lagi dilaporkan cedera.

Pemandu bas yang berusia 40 tahun dan kelindannya, 54, turut mengalami kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook @Mohd Zaidi Bin Desa

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd