Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Alami Kerugian RM2.5 Juta, Boon Heong Dedah Pernah Jadi Mangsa ‘Scammer’

Bekas pemain badminton beregu lelaki, Tan Boon Heong memaklumkan bahawa dirinya juga pernah menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM2.5 juta

Menurut satu laporan New Straits Times, lelaki berusia 37 tahun itu mendedahkan perkara tersebut selepas berita pemain bulu tangkis profesional Lai Pei Jing kehilangan wang simpanannya akibat ‘scammer’.

Foto: NST

“Melihat rakan sebaya saya ditipu mengingatkan saya apabila saya juga ditipu.
“Setiap penipuan yang anda lalui adalah untuk mengajar anda sesuatu. Itu hanya kehidupan, anda tidak boleh mengelakkan lencongan. Setiap orang perlu mengambil sekurang-kurangnya satu,” katanya melalui platform media sosialnya baru-baru ini.

Boon Heong juga dilaporkan membuat siaran langsung, ‘live’ di Facebook untuk menceritakan secara terperinci bagaimana beliau ditipu sebanyak dua kali oleh orang yang dikenali termasuk rakannya dengan memberitahu bahawa kawannya itu telah ‘hilang’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Tan Boon Heong

“Ingat, meletakkan wang titik peluh anda ke tangan orang lain dan mengharapkan untuk mendapatkannya kembali adalah tidak mungkin. Saya cadangkan fokus pada perkara yang boleh anda kawal. Jika anda tidak boleh mengawalnya, jangan libatkan diri,” ujarnya lagi.

Juara Kejohanan Junior Dunia 2004 itu juga turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati semasa membuat pelaburan sekali gus menyarankan para pelabur untuk memahami risiko dalam pelaburan.

“Saya ditipu dua kali, sekali dengan harga AS$500,000 (RM2.3 juta) dan satu lagi RM160,000. Jika anda benar-benar mahu melabur, anda sepatutnya menjadi ‘banker’, bukan ‘player’.

Foto: iluminasi.com

“Saya tidak tahu berapa banyak rakan saya ditipu, dan saya juga tidak tahu butiran penipuan itu. Tujuan saya menyiarkan secara langsung adalah untuk mengingatkan semua orang supaya berhati-hati semasa melabur,” jelasnya.

Untuk makluman, pihak polis menerima 72 laporan membabitkan kerugian lebih RM2.05 juta daripada mangsa sindiket penipuan pelaburan yang menggunakan nama ‘MIDF Investment’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: New Straits Times (Tan Ming Wai)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Sosial

Video seorang anggota ATM fasih berborak dengan juruterbang pasukan Russian Knight menggunakan bahasa Rusia telah menarik perhatian ramai apabilakedua-duanya dilihat rancang berbual. Anggota ATM...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Sosial

Polis mengesahkan bahawa pemandu kereta Perodua Axia berwarna merah yang tular membawa muatan secara berbahaya di Jalan Dengkil–Banting semalam mengalami masalah jiwa. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd