Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Alami Kecederaan Buku Lali, Zii Jia Terpaksa Tarik Diri Terbuka Denmark

Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa tarik diri daripada Kejuaraan Super 750, (Terbuka Denmark) kali ini selepas mengalamai kecederaan buku lali.

Memetik laporan Sinar Harian, walaupun pemain berusia 26 tahun telah tiba di Odense pada Ahad, namun dia terpaksa menarik diri selepas mengalami ketidakselesaan yang menghalangnya dari menampilkan permainan berkualiti.

Zii Jia terpaksa tarik diri Terbuka Denmark

Foto: New Straits Times

“Selepas tiba di Odense pada Ahad, harapan dan perancangan untuk melihat kelibat Lee Zii Jia beraksi di Terbuka Denmark 2024 masih menyala, biarpun mengalami kecederaan buku lali semasa aksi suku akhir Terbuka Artik.
“Zii Jia turun ke gelanggang hari ini tetapi ketidakselesaan di bahagian buku lali menghalangnya untuk menampilkan permainan berkualiti.
“Selepas mengambil segala pertimbangan yang wajar, dengan segala berat hati Zii Jia terpaksa menarik diri daripada Terbuka Denmark edisi tahun ini,” kata team Lee Zii Jia.

Sekadar info, pada Terbuka Denmark edisi 2023, Zii Jia tewas straight set kepada pemain China, Weng Hongyang dengan mata 12-21,6-21.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi edisi kali ini, pemain nombor empat dunia itu sebelum ini dijangka menyingkap pusingan pertama berdepan bintang Jepun, Kenta Nishimoto di Arena Fyn (Jyske Bank Arena), Odense.

Foto: Bernama

Sementara itu, di Terbuka Artik, Vanta, Finland, Zii Jia terpaksa melepaskan status juara selepas terkandas pada suku akhir di Energia Areena, Vantaa apabila tewas 15-21, 21-13, 12-21 kepada jaguh Jepun, Koki Watanabe dalam masa 66 minit.

Sebagai rekod, kekalahan itu adalah yang ketiga bagi Zii Jia kepada Watanabe dengan sebelum ini kecundang di pusingan Terbuka China dan separuh akhir Terbuka Switzerland tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkembangan terkini itu menyaksikan pilihan kelapan dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting akan mengambil posisi Zii Jia berdepan Nishimoto.

Juara Terbuka Artik 2024 dari Taiwan, Chou Tien Chen akan menentang rakan negara, Wang Tzu Wei pada aksi pembukaan.

Juara dunia 2023, dari Korea Selatan, Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae juga menarik diri daripada kejohanan itu.

Sumber: Sinar Harian (Zuraimee Zainal)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd