Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Akademi Mohon Bantuan Kerajaan, Usaha Senarai Boria Dalam UNESCO

Akademi Boria memohon bantuan kerajaan Pulau Pinang dan Jabatan Warisan Negara dalam usaha mengiktiraf seni persembahan boria sebagai Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Isnin lalu.

Menerusi laporan dari Bernama, Pengarah Akademi Boria, Jibran Khalil Sindamadar berkata, akademi itu sedang berusaha memohon agar boria disenaraikan sebagai Warisan Dunia UNESCO supaya menjadi satu warisan yang tidak akan hilang ditelan zaman.

Foto: Astro Awani

“Usaha telah dibuat sejak 2018 lagi apabila kita bersama Presiden Pertubuhan Jawi Peranakan Datuk Dr Wazir Jahan Karim ketika beliau melancarkan buku ‘Boria: From Passion Play To Malay-Jawi Peranakan Parody’ telah mencadangkan agar boria disenaraikan sebagai warisan hidup UNESCO,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Jamuan Yaribba Boria Raya 2024 di Sunshine Banquet Hall, Bayan Baru pada malam Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jibran Khalil juga memaklumkan sebelum ini permohonan pernah dihantar kepada bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang pada ketika itu menjawat jawatan tersebut.

Foto: FB TYT Penang

“Kita masih mengharapkan kerajaan negeri, Jabatan Warisan dan pihak Georgetown World Heritage dapat membantu. 
“Boria wajar diangkat sebagai warisan dunia kerana ia merupakan seni unik yang wujud di negara ini sejak abad ke-19 dengan merangkumkan empat cabang dalam satu persembahan iaitu sketsa atau lakonan, rangkap karangan (lirik), tukang karang (nyanyian) dan gerak tari tambahan,” ujarnya.

Beliau turut mengusulkan supaya nama Jalan Boria digantikan sebagai Lorong Kulit kerana di situ merupakan tempat kemegahan persembahan boria pada awal tahun 50-an.

Foto: FB TYT Penang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk maklumat, Akademi Boria sedang dalam perancangan menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tinggi bagi menjadikan akademi itu sebagai pusat penyelidikan dan pedagogi agar kesenian boria dapat diperkasakan serta diwarisi generasi akan datang.

Selain itu, akademi itu juga berusaha memulihara seni boria dengan mencari pelapis dalam kalangan generasi muda di sekolah rendah dan menengah untuk sebagai penyambung kepada warisan tersebut.

Sumber: Bernama (Siti Azila Alias)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi rap dari Amerika Syarikat (AS) Kanye West sifatkan pakaian isteri seni dan menegaskan bahawa mereka meninggalkan Anugerah Grammy 2025 secara sukarela dan bukannya...

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Politik

PAS menegaskan akan terus memilih amalan demokrasi sebagai wadah perjuangan politik walaupun menghadapi penyalahgunaan prinsip tersebut oleh golongan sekular. Sering disalah guna golongan sekular,...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd