Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Hanya Beroperasi 7 Bulan Di Subang, AirAsia Pindah Semula Penerbangan Domestik Ke KLIA T2

Hanya tujuh bulan beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang), syarikat penerbangan AirAsia pindah semula penerbangan domestik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April 2025.

Memetik laporan Bernama, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan terhadap perjalanan dan mempertingkatkan lagi pengalaman penerbangan secara keseluruhan.

AirAsia pindah semula penerbangan domestik dari Subang ke KLIA T2

AirAsia Pindah Semula Penerbangan Domestik

Foto: Majoriti

“Walaupun Lapangan Terbang Subang adalah mudah, terutamanya kepada penduduk bandar, pembangunan semulanya untuk menyokong pertumbuhan masa depan akan mengambil masa.
“Dalam pada itu, AirAsia akan menggabungkan operasinya di KLIA T2 bagi mengoptimumkan kecekapan operasi dan meningkatkan pengalaman para tetamu secara keseluruhan,” kata AirAsia dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, AirAsia juga berkata jumlah penumpang antara Kuala Lumpur dan destinasi-destinasi utama seperti Kota Kinabalu dan Kuching meningkat secara ketara melebihi 16 peratus dari tahun ke tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: DBKL Buat Laporan Polis, Dua Penguat Kuasa Cedera Diserang Penjaja

Susulan itu, penggabungan operasi domestik di KLIA T2 akan membolehkan syarikat penerbangan itu menampung penambahan trafik dengan lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Datuk Kapten Fareh Mazputra berkata infrastruktur di KLIA T2 lebih sesuai untuk memenuhi keperluan penerbangan sambungan berskala besar terutamanya pada waktu puncak perjalanan.

Hanya tujuh bulan di Subang, AirAsia pindah semula penerbangan domestik ke KLIA T2

Foto: The Star

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ia akan menyediakan kapasiti diperlukan untuk pertumbuhan berterusan apabila kami menambah lebih banyak penerbangan bagi memenuhi permintaan tinggi ke Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Tambahnya, bagi memastikan peralihan yang lancar, syarikat penerbangan itu akan terus beroperasi dari Lapangan Terbang Subang sepanjang minggu sambutan Hari Raya untuk memenuhi permintaan sedia ada.

Ini bagi membolehkan majoriti tetamu yang melakukan perjalanan sempena musim perayaan itu menikmati kemudahan berkenaan sebelum peralihan sepenuhnya ke KLIA T2.

“Sesi perundingan positif dengan konsortium Gateway Development Alliance (GDA) juga memastikan peralihan ini sejajar dengan pembangunan infrastruktur yang lebih baik serta matlamat ketersambungan jangka panjang,” katanya.

Sekadar info, AirAsia memulakan operasinya di Lapangan Terbang Subang pada 30 Ogos 2024 dengan memperkenalkan dua laluan iaitu Kuching dan Kota Kinabalu.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sepasang suami isteri meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan zuriat yang diberi nama Sharifah Amanda Raudhah selepas 19 tahun berkahwin. Menerusi hantaran yang dimuat naik...

Lokal

Polis telah menahan beberapa individu susulan kejadian seorang pemuda dipukul oleh sekumpulan lelaki di sebuah rumah sewa di Plentong, Johor dalam insiden yang tular...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Erny Nuryassmien berkongsi pengalaman cemas apabila menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pemuda ketika berada di sebuah pasar raya Mydin di...

Sosial

Taktik licik dua lelaki termasuk seorang juruaudit yang memperdaya peniaga restoran dengan resit palsu akhirnya membawa padah apabila mereka dicekup polis selepas kejadian di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd