Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Ahmad Maslan Rasmikan Majlis Pra Pelancaran Restu Global Quranic Art Festival

Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan telah meluangkan masa untuk merasmikan Pra Pelancaran RESTU GLOBAL QURANIC ARTS FESTIVAL ReGQAF yang berlangsung pada 20 Februari 2024 bertempat di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya.

Festival berlangsung 23 Feb-3 Mac 2024

Difahamkan, festival yang dianjurkan oleh Pihak Nasyrul Quran ini bakal berlangsung bermula pada 23 Februari hingga 3 Mac 2024 dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari nanti.

Kata RESTU merujuk kepada Yayasan Restu

Dalam ucapan Datuk Seri Haji Ahmad Maslan yang juga merupakan Pemegang Amanah Yayasan Restu sewaktu majlis pra pelancaran tersebut, beliau menjelaskan bahawa kata RESTU telah dijadikan sebagai jenama merujuk kepada nama Yayasan Restu, yang merupakan pelopor terulung pemakmuran al-Quran dan kesenian Islam di Malaysia serta penganjur utama festival ini.

Difahamkan, festival bertemakan “GAYA HIDUP ISLAMI” ini bertujuan untuk mempromosikan Islam sebagai sebahagian daripada gaya hidup disamping menggalakkan pemahaman dan penghayatan yang lebih mendalam terhadap ajaran al-Quran melalui medium seni.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi acara tersebut juga, Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, YBhg Datuk Abdul Latiff Mirasa menyatakan yang objektif festival ini adalah untuk memperkenalkan medium seni melalui hiasan dalaman sebagai satu usaha pemeliharaan dan pemakmuran al-Quran yang menjadi pembuktian keimanan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW termasuk syiar-syiar Islam.

Ia termasuklah memanfaatkan teknologi moden dan ICT sebagai medium dakwah yang sangat efektif dan kreatif dengan tujuan mengembalikan masyarakat Islam kepada identiti mereka yang sebenar.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung

Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung sepanjang festival berkenaan berlangsung termasuk pameran Jubah melambangkan saiz Nabi Adam AS, pengisian program seperti pameran hiasan dalaman rumah Islam, Artifak Rasulullah SAW, koleksi replika pedang para Sahabat RA serta peninggalan yang lain.

Paling menarik, para pengunjung berpeluang untuk turun ke lantai kilang dan melihat proses percetakan secara lebih dekat al- Quran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sosial

Isu pempengaruh Ammar Nazhan yang didakwa menyiarkan secara langsung perlawanan Piala Dunia 2026 di TikTok terus menjadi perhatian ramai apabila orang ramai mempersoalkan tindakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd