Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Agresif Terhadap Isu KK Mart , Nik Nazmi Mohon Dr Akmal Saleh Hayati Titah Agong

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad meminta Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh agar menghayati titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim daripada terus bersikap agresif terhadap isu KK Mart.

Menerusi satu perkongsian Nik Nazmi di akaun Facebook, beliau menyatakan bahawa Ketua Pemuda UMNO itu mempergunakan isu stoking kalimah Allah sebagai modal politik.

Foto : IG Nik Nazmi

Meskipun beliau tidak menafikan isu berkenaan telah melukai hati umat Islam, namun sikap agresif Dr Akmal menyebabkan sesetengah individu menjadi ekstrem sehingga timbul insiden membakar beberapa kedai KK Mart.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya, Dr Akmal seharusnya menghayati titah Yang di-Pertuan Agong agar semua pihak berhenti mengambil kesempatan terhadap isu ini memandangkan kedai berkenaan telah membuat permohonan maaf serta pengasasnya, Chai Kee Kan dan isterinya telah didakwa di Mahkamah Shah Alam.

Foto : IG Dr Akmal Saleh

“Sepatutnya Akmal menghayati titah Yang di-Pertuan Agong dan berhenti menggunakan isu ini sebagai modal politik,” katanya pada Rabu.

Selain itu, Nik Nazmi berkata, Seri Paduka Baginda juga telah berkenan menerima menghadap pengasas kedai serbaneka tersebut di Istana Negara untuk mendengar penjelasan.

“Mempergunakan isu ini secara berterusan tidak akan memberikan keuntungan kepada sesiapa,” ujarnya.

Dalam konteks itu, beliau turut menjelaskan bahawa menceburkan diri ke medan politik dengan isu seperti ini tidak akan bertahan lama dan Dr Akmal perlu mencari isu kritikal lain yang lebih menguntungkan rakyat.

Sumber : Facebook Nik Nazmi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Lokal

Pemandu kereta Proton Persona yang kritikal selepas kemalangan di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru–Mersing pada petang Jumaat disahkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Kamilin...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd