Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Agong Bimbang Peningkatan Jenayah Siber, Budaya Fitnah Boleh Jejas Keharmonian

Yang di-Pertuan Agong bimbang terhadap peningkatan jenayah siber dan budaya fitnah di media sosial yang boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Agong bimbang peningkatan jenayah siber

Menurut laporan Berita RTM, Sultan Ibrahim bertitah bahawa rakyat perlu sentiasa berwaspada supaya tidak menjadi mangsa penipuan kewangan dalam talian, pencurian identiti dan kegiatan jenayah siber lain yang semakin menjadi-jadi.

“Saya juga merasa bimbang dengan budaya fitnah dan hasutan di media sosial yang menyebabkan rakyat keliru, bermusuhan dan berpecah-belah,” titah baginda.
Agong bimbang

Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 hari ini.

Artikel lain: Presiden Indonesia, Prabowo Dikurniakan Darjah Kerabat Johor Oleh Agong

Susulan itu, baginda menegaskan kerajaan perlu membendung perkara tersebut selain menyampaikan maklumat yang sahih serta boleh dipercayai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, baginda menyambut baik usaha kerajaan bagi meningkatkan pelaburan asing dalam sektor teknologi tinggi dan digital.

“Sistem perkhidmatan kerajaan juga hendaklah dinaik taraf menggunakan teknologi digital yang lebih cekap dan telus bagi membanteras amalan rasuah, salah guna kuasa serta budaya ‘’red tape’ yang menyusahkan urusan rakyat,” titah baginda lagi.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd