Seorang daripada dua beradik yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas hanyut dibawa arus ketika cuba mengambil bola di dalam longkang di Taman Prima Saujana, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu ditemukan di Sungai Kantan sekitar pukul 7.47 malam tadi.
Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang
“Bagaimanapun, dukacita saya ingin maklumkan bahawa mangsa yang ditemui disahkan meninggal dunia sekitar pukul 10 malam di Hospital Kajang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, operasi SAR masih diteruskan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam bagi menjejak abang mangsa yang berusia 14 tahun dan masih belum ditemukan.
Artikel lain: UMK Dukacita Pelajar PhD Maut, Kereta Terbabas Ke Dalam Tasik
Menurut Naazron, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar pukul 6.29 petang sebelum gerakan SAR segera digerakkan.
Sumber: Kosmo! Online










































