Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cikgu Sekolah & Abang Wiring Mengaku Salah Cuba Buat Aktiviti Tak Senonoh

Seorang guru sekolah dan lelaki dikenali sebagai ‘abang wiring’ mengaku bersalah atas kesalahan cuba melakukan zina, dalam satu prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, hari ini.

Cikgu & abang wiring didenda RM5,000

Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin menjatuhkan denda RM5,000 atau penjara enam bulan kepada pasangan itu selepas menerima pengakuan salah yang dibuat atas perbuatan mereka pada 28 Februari lalu.

Cikgu & abang wiring mengaku salah

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes ini menjadi bualan ramai memandangkan ia melibatkan seorang pendidik dan lelaki dari sektor teknikal iaitu dua bidang yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara berkenaan dikongsi satu akaun Facebook yang mendedahkan kecurangan serta perbualan tidak senonoh melibatkan kedua-dua individu terbabit.

Difahamkan, masing-masing telah mempunyai pasangan dan guru berkenaan difahamkan masih lagi dalam  iddah selepas bercerai dengan bekas suami.

Artikel lain: Kantoi Curang? ‘Abang Wiring’ Anggap Ujian – “Saya Akan Bersihkan Nama Saya”

Pendedahan aktiviti tak bermoral itu turut melampirkan beberapa tangkapan layar perbualan ‘kotor’ mereka yang melakukan perbuatan terkutuk itu termasuklah pada bulan Ramadan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Meor Riduwan Meor Ahmad)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) mengecam gelombang kebencian terbaru yang disasarkan terhadap pelarian Rohingya di Malaysia susulan satu petisyen di platform Change.org yang didakwa mengandungi...

Sosial

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan kehadiran anggotanya di kawasan pintu masuk Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin di sini adalah semata-mata bagi tujuan kawalan...

Lokal

Hospital Segamat memerlukan tambahan 49 Pegawai Perubatan (MO) bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti berkenaan dapat beroperasi pada tahap lebih ideal dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd