Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Abang Belon Mula Langkah Saman DBKL, Dakwa Cedera Serius Akibat Kekecohan!

Muhammad Zaimuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai Abang Belon mula langkah saman terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) susulan insiden kekecohan bersama penguat kuasa pada 28 Mac lalu yang menyebabkan dia cedera.

Abang Belon Mula Langkah Saman

Abang Belon mula langkah saman kepada penguatkuasa DBKL

Memetik laporan dari Sinar Harian, Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali menyatakan satu surat rasmi telah dihantar kepada DBKL bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai pegawai penguat kuasa yang terlibat sebelum tindakan undang-undang diambil.

“Hari ini, kita telah secara rasmi menulis surat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Pengarah Undang-Undang dan Pendakwaan DBKL serta Pengarah Bahagian Penguat Kuasa DBKL.
“Dalam surat itu, kita menyatakan bahawa saudara Zaimuddin atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ secara rasmi memohon agar nama serta pangkat pegawai penguat kuasa terlibat dibekalkan bagi tujuan tindakan undang-undang sivil,” ujarnya.

Abang Belon mula langkah saman lepas terima laporan perubatan penuh

Tambah Rafique, tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima laporan penuh perubatan daripada Hospital Serdang yang mengesahkan anak guamnya mengalami kecederaan serius, sekaligus menolak dakwaan bahawa Abang Belon hanya ‘berlakon sakit’.

“Sampai sekarang, Abang Belon masih memakai alat bantuan sokongan. Laporan perubatan juga menunjukkan terdapat kecederaan pada bahagian saraf tunjang yang boleh membawa risiko lumpuh,” katanya lagi.

Pertimbang ambil tindakan saman kepada yang sebar fitnah

Dalam pada masa yang sama, Rafique juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan fitnah di media sosial.

“Kita juga sedang meneliti kemungkinan untuk mengambil tindakan saman malu atau tuntutan ganti rugi terhadap individu yang membuat tohmahan tidak berasas di media sosial,” jelasnya.

Artikel lain: Doktor Dedah Abang Belon Berisiko Lumpuh Kekal Lepas Dikasari Penguat Kuasa DBKL

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, seorang pengamal perubatan swasta, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran turut mengesahkan bahawa Zaimuddin berisiko mengalami lumpuh kekal berdasarkan kecederaan pada saraf tulang belakang toraks.

Sumber: Sinar Harian (Izwan Rozlin)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd